Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ray-BanMeta Blayzer Optics (Gen 2)_3

Meta Lancar Dua Cermin Mata Pintar Ray-Ban, Kini Sokong Hampir Semua Preskripsi

Diterbitkan April 1, 2026 ยท Dikemas kini April 1, 2026 oleh Amalina Athman

Meta kini melancarkan dua cermin mata pintar Ray-Ban baharu yang dioptimumkan untuk pengguna berkaca mata preskripsi.

Dua rekaan diperkenalkan iaitu Blayzer dengan bentuk segi empat tepat serta Scriber yang lebih bulat, bersama empat pilihan warna bingkai. Menurut Meta, model ini menyokong hampir semua jenis preskripsi.

meta Ray Ban preskripsi_1

Kedua-duanya ditawarkan dalam binaan ringan dan direka untuk keselesaan sepanjang hari, termasuk sokongan seperti engsel overextension, pad hidung boleh tukar serta hujung temple yang boleh dilaras mengikut kesesuaian bentuk muka.

meta Ray Ban preskripsi_2
meta Ray Ban preskripsi_3
meta Ray Ban preskripsi_4
meta Ray Ban preskripsi_5

 

Dari segi spesifikasi, cermin mata ini dilengkapi kamera ultra-lebar 12MP serta sokongan rakaman sehingga 3K Ultra HD. Ia turut menawarkan pembesar suara jenis open-ear bersama sistem enam mikrofon. Storan dalaman 32GB turut disediakan, bersama sokongan penggunaan sehingga lebih 8 jam atau sehingga 48 jam dengan bekas pengecas.

Selain perkakasan, Meta turut memperluas ekosistem cermin mata AI dengan pilihan warna bingkai dan kanta baharu untuk model Ray-Ban Meta dan Oakley Meta. Pada masa sama, beberapa kemas kini perisian turut diumumkan seperti penjejakan nutrisi secara terus, ringkasan WhatsApp oleh Meta AI serta ciri Neural Handwriting yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Ray-BanMeta Blayzer Optics (Gen 2)
Ray-Ban Scriber Optics (Gen 2)

Cermin mata Ray-Ban Meta Blayzer Optics (Gen 2) dan Scriber Optics (Gen 2) kini dibuka untuk prapesan di Amerika Syarikat dengan harga bermula $499 (~RM2,008), sebelum mula dijual secara lebih meluas termasuk di pasaran antarabangsa terpilih bermula 14 April.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY