Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android XR

Google Umum Android XR – Sistem Operasi Untuk Set Kepala, Cermin Mata Pintar

Diterbitkan Disember 13, 2024 · Dikemas kini Disember 13, 2024 oleh Amalina Athman

Google, dengan kerjasama Qualcomm dan Samsung, secara rasminya telah melancarkan Android XR.

XR ialah singkatan untuk realiti lanjutan atau extended reality. Ia merangkumi semua teknologi yang menggabungkan dunia nyata dan maya termasuk realiti maya (VR), realiti terimbuh (AR) dan realiti campuran (MR).

Android XR pula ialah sistem operasi untuk peranti XR seperti set kepala dan cermin mata pintar. Ia menyediakan antara muka pengguna, akses kepada aplikasi popular, serta bantuan AI melalui Gemini untuk peranti ini.

Menurut Google, pelancaran hari ini merupakan pratonton untuk pembangun, dan dengan sokongan terhadap alat seperti ARCore, Android Studio, Jetpack Compose, Unity, dan OpenXR, pembangun boleh mula membangunkan aplikasi dan permainan dengan mudah untuk peranti Android XR akan datang.

Set Kepala Android XR pertama lancar tahun depan

Android XR akan dilancarkan terlebih dahulu pada set kepala. Peranti pertama, dengan nama kod “Project Moohan” dan dibangunkan oleh Samsung, dijangka tersedia untuk pembelian pada 2025.

Samsung Moohan

Sementara Qualcomm mengesahkan peranti itu kelak akan dikuasakan oleh Snapdragon XR2+ Gen 2, dengan lebih banyak peranti lain akan menyusul.

Cermin mata pintar

Android XR juga akan menyokong cermin mata pintar untuk kegunaan harian pada masa akan datang. Google merancang untuk menyediakan pelbagai pilihan cermin mata pintar yang selesa dipakai setiap hari, berfungsi dengan lancar bersama peranti Android yang lain.

Sebagai langkah selanjutnya, Google tidak lama lagi akan memulakan ujian sebenar untuk prototaip cermin mata yang menjalankan Android XR bersama sekumpulan kecil pengguna.

This, in my opinion, is the future. Very excited to see what comes of this Android XR glasses concept. If the price is reasonable I would absolutely buy these. pic.twitter.com/lptJV04Roj

— Dylan (@DylanMcD8) December 12, 2024

Cermin mata ini kelak akan menawarkan keupayaan Gemini dengan memberikan maklumat kepada pengguna seperti arah jalan, terjemahan atau ringkasan mesej tanpa perlu mencapai telefon.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Aplikasi Google Gemini Kini Tersedia Untuk iPhone
  • Samsung Mungkin Perlihat Kaca Mata XR Pada Acara Galaxy Unpacked Januari 2025
  • Google Gemini 2.0 Rasmi, Model AI Lebih Pintar Dan Lebih Pantas

Sumber: The Keyword Google, Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY