Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
salah guna kad SIM_MCMC

Salah Guna Kad SIM Bagi Tujuan Jenayah Ancam Keselamatan Komunikasi – MCMC

Diterbitkan Februari 3, 2026 ยท Dikemas kini Februari 3, 2026 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merampas 50 peralatan SIM Box, 5,000 kad SIM dan kelengkapan berkaitan dalam satu operasi bersepadu di Kajang baru-baru ini.

Menurut kenyataan MCMC, peralatan SIM Box dan penggunaan kad SIM secara pukal, termasuk kad SIM asing, sering disalahgunakan bagi penciptaan akaun palsu berskala besar, memintas kawalan keselamatan platform digital serta memudahkan kegiatan seperti penipuan dan jenayah dalam talian yang lain.

“Penyalahgunaan ini memberi ancaman kepada integriti rangkaian komunikasi negara serta keselamatan pengguna,” kata MCMC, menekankan bahawa penyalahgunaan SIM Box dan kad SIM untuk mencipta akaun palsu dalam talian merupakan ancaman serius kepada keselamatan negara.

Siasatan dijalankan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.

KENYATAAN MEDIA

PENYALAHGUNAAN KAD SIM BAGI TUJUAN JENAYAH ANCAM KESELAMATAN KOMUNIKASI#MCMC pic.twitter.com/qaCGNYKckP

— MCMC (@MCMC_RASMI) January 31, 2026

Dalam pada itu, MCMC turut menggesa penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk memperketatkan kawalan pendaftaran kad SIM dalam menjamin keselamatan digital.

Langkah ini juga selaras dengan insiatif kerajaan yang memperkenalkan integrasi MyDigital ID dalam perkhidmatan telekomunikasi, termasuk bagi pendaftaran kad SIM baharu.

Berkaitan

  • MCMC Turun Padang Semak Peranti, Elak Beli Jika Tiada Label MCMC
  • Telco Caj Perlindungan Scam: MCMC Diarah Kenal Pasti, Minta Penjelasan
  • MCMC Sita Lebih 10,000 Peralatan Komunikasi Tidak Patuh Standard
  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY