Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu

Posted on Januari 20, 2026Januari 20, 2026

Penggunaan fon telinga/ fon kepala kini bukan lagi sekadar untuk mendengar muzik, malah menjadi sebahagian daripada rutin harian — daripada mesyuarat dalam talian, panggilan telefon, sehinggalah peranti untuk aktiviti santai dan bersukan.

Namun, tidak semua pengguna selesa dengan fon telinga konvensional yang perlu disumbat ke dalam telinga atau gemar memakai fon kepala yang besar dan terlalu menonjol.

Di sinilah HUAWEI perkenal FreeClip 2, fon telinga terbuka yang direka dengan konsep yang menekankan keselesaan maksimum walaupun dipakai untuk tempoh lama tapi pada masa yang sama menyampaikan pengalaman audio berkualiti tinggi.

Kedua-dua sisi HUAWEI FreeClip 2 adalah simetri, jadi tiada lagi isu “kiri” atau “kanan”.

Menggunakan reka bentuk klip telinga yang ringan dan fleksibel, ia membolehkan fon telinga ini melekat dengan selamat tanpa menutup saluran telinga sepenuhnya.

Dengan berat hanya 5.1 gram setiap satu, FreeClip 2 hampir tidak terasa apabila dipakai.

Sepanjang menggunakannya, material silikon lembut mesra kulit serta aloi memori bentuk memastikan keselesaan walau dipakai sepanjang hari.

Sama ada ketika di pejabat, berjalan kaki mahupun aktiviti senaman ringan di taman beriadah, FreeClip 2 sangat selesa dipakai.

Reka bentuk klipnya menggabungkan acoustic ball dan comfort bean yang membantu menyesuaikan kedudukan earbuds mengikut bentuk telinga pengguna.

Tapi apa yang lebih mengejutkan adalah kualiti bunyi yang dihasilkan fon telinga kecil ini. Pada mulanya, penulis sangat skeptikal dengan pengalaman audio dari FreeClip 2.

Namun, apabila mendengar dan merasai sendiri pengalaman bersama FreeClip 2, perkataan pertama yang muncul dari penulis adalah “WOW!”.

Ini sesuatu yang amat berbeza daripada fon telinga konvensional mahupun fon kepala. Sebelum ini, pilihan utama penulis adalah fon kepala dengan ciri pembatalan hingar (ANC).

Tetapi, jujur cakap, HUAWEI FreeClip 2 benar-benar memberikan pengalaman audio yang baharu.

Kualiti bunyinya begitu mengagumkan dengan bass yang padu, kejelasan vokal dan perincian bunyi setiap instrumen adalah begitu teliti sekali. Ia sesuatu yang langsung tidak dijangka sama sekali.

Pengguna iOS dan Android boleh memuat turun aplikasi HUAWEI Audio Connect untuk menyesuaikan pengalaman menggunakan HUAWEI FreeClip 2 mengikut citarasa masing-masing.

Satu lagi kelebihan utama HUAWEI FreeClip 2 adalah ia membolehkan pengguna kekal peka terhadap persekitaran. Ini amat sesuai untuk mereka yang sering bergerak di luar atau bekerja dalam suasana terbuka.

Ini amat penting untuk keselamatan apabila berada di persekitaran luar yang sibuk dan padat dengan orang ramai dan kenderaan.

Teknologi Adaptive Open-ear Listening yang dikuasakan oleh cip audio AI generasi ketiga dengan NPU lebih berkuasa, menyesuaikan audio secara automatik mengikut persekitaran, memastikan bunyi kekal jelas dan seimbang, namun perlu diperhatikan bahawa ia merupakan ciri eksperimental.

Untuk panggilan suara, FreeClip 2 terbina dengan enam mikrofon, sekali gus menjawab panggilan lebih jelas dengannya walaupun berada di kawasan awam yang bising.

FreeClip 2 hadir dengan ketahanan air IP57, membolehkan pengguna membilasnya dengan air; manakala bekas pengecasannya pula mempunyai penarafan IP54.

Dari segi tempoh operasi pula, anda tidak perlu bimbang kerana FreeClip 2 mampu bertahan sehingga 9 jam penggunaan, dan sehingga 38 jam bersama bekas pengecasan. 

Malah, pengecasan pantas selama 10 minit boleh memberikan sehingga 3 jam masa main balik.

Apa yang dapat disimpulkan, secara keseluruhan, HUAWEI FreeClip 2 menawarkan pengalaman audio yang baharu.

Rekaannya begitu praktikal untuk pelbagai keadaan sama ada semasa bekerja, bersenam mahupun perbualan harian di mana pada masa yang sama ia menyampaikan pengalaman audio terbaik sepanjang masa.

FreeClip 2 bukan sekadar fon telinga biasa, tetapi ia adalah fon telinga terbuka terbaik, menjadikannya peranti audio paling praktikal tahun 2026 ini.

HUAWEI FreeClip 2 kini sudah pun tiba di Malaysia pada harga RM749 di mana anda boleh nikmati diskaun segera RM50, menjadikannya hanya berharga RM699 sahaja.

Tawaran ini boleh didapati di semua Kedai HUAWEI, sama ada dalam talian atau luar talian. 

Selain itu, terima juga HUAWEI Loss Care 1-tahun bernilai RM59 secara percuma.

Lawati kedai runcit HUAWEI berdekatan untuk mengalami HUAWEI FreeClip 2 dan berpeluang memenangi hadiah istimewa.

Beli HUAWEI FreeClip 2 untuk menerima hadiah tambahan, siapa cepat dia dapat. Untuk maklumat lanjut tentang HUAWEI FreeClip 2, sila lawati:

Laman Web Rasmi HUAWEI: Huawei Malaysia

Beli HUAWEI FreeClip 2 dari:

  • Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee: https://invl.me/cln6fl1
  • Kedai Utama HUAWEI di Lazada: https://invl.me/cln6fjj
*Artikel ini dibawakan oleh Huawei Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress