Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2025-11-14 at 12.01.49 PM

MCMC Turun Padang Semak Peranti, Elak Beli Jika Tiada Label MCMC

Diterbitkan November 14, 2025 oleh Amsyar Latif

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melawat sebanyak 359 premis yang menjual peranti komunikasi di seluruh negara bagi memberikan penerangan kepada pemilik serta petugas kedai mengenai kepentingan pemerakuan dan pelabelan MCMC.

Lawatan ini dijalankan menerusi program “Direct Engagement” bermula Jun 2024 sehingga November 2025, dan bertujuan memastikan peniaga memahami keperluan keselamatan serta pematuhan standard bagi setiap peranti komunikasi yang dijual di pasaran.

Dalam program ini, MCMC menjelaskan bahawa pemerakuan dan label MCMC penting untuk memastikan peranti adalah selamat, asli, mematuhi piawaian teknikal serta tidak mengganggu frekuensi rangkaian.

Peranti yang tidak diperakui bukan sahaja berisiko menjejaskan pengalaman penggunaan, malah boleh menimbulkan ancaman keselamatan kepada pengguna dan sistem komunikasi negara.

MCMC turut mengingatkan bahawa menjual atau menggunakan peranti tanpa kelulusan merupakan satu kesalahan serius. Individu atau pihak yang melanggar peraturan boleh dikenakan denda sehingga RM300,000, hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Sepanjang pelaksanaan aktiviti turun padang ini, peniaga memberikan maklum balas yang positif dan menyambut baik pendekatan MCMC, selain menyatakan komitmen untuk mematuhi semua keperluan berkaitan pemerakuan dan pelabelan.

Inisiatif ini menggambarkan usaha berterusan MCMC untuk melindungi pengguna serta memelihara integriti rangkaian komunikasi negara dengan memastikan hanya peranti yang mematuhi standard dibenarkan dijual.

Pengguna juga digalakkan membeli peranti yang mempunyai label MCMC bagi menjamin keselamatan dan ketulenan produk. Untuk memudahkan semakan, pengguna boleh menggunakan aplikasi Check Your Label (CYL) melalui Apple App Store atau Google Play Store dengan memasukkan nombor Label ID MCMC, nombor IMEI atau nombor siri peranti.

Berkaitan

  • MCMC Akan Bincang Pelaksanaan eKYC Dengan Platform Media Sosial - Fahmi
  • Didakwa Raih Untung Dari Iklan Penipuan, MCMC Mahu Penjelasan Meta
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY