Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Daftar MyDigital ID Secara Dalam Talian

Integrasi MyDigital ID Dalam Aplikasi Telco Bermula Hari Ini

Diterbitkan Disember 1, 2025 · Dikemas kini Disember 1, 2025 oleh Amalina Athman

Syarikat telekomunikasi (telco) akan mengintegrasikan MyDigital ID dalam aplikasi mudah alih bermula hari ini, 1 Disember 2025.

Dalam kenyataannya, MyDigital ID memaklumkan inisiatif ini bertujuan melindungi pengguna daripada panggilan scam, penyamaran identiti dan penipuan yang sering berlaku melalui penggunaan nombor SIM yang tidak disahkan atau disalahgunakan.

Dengan sokongan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan diselaraskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), pelaksanaan integrasi MyDigital ID tersebut merangkumi tiga komponen utama yang memberi tumpuan kepada keselamatan pengguna.

Pertama, pengguna kini boleh menyemak semua nombor prabayar yang didaftarkan di bawah MyKad mereka bagi mengelakkan penyalahgunaan nombor yang bukan milik pengguna.

Kedua, setiap pendaftaran SIM prabayar baharu diwajibkan melalui proses pengesahan menggunakan MyDigital ID menerusi aplikasi telco, bagi memastikan nombor baharu tidak lagi boleh didaftarkan menggunakan maklumat pihak lain.

Ketiga, pengguna turut diberi pilihan untuk log masuk ke aplikasi telco menggunakan MyDigital ID, yang menawarkan lapisan keselamatan tambahan bagi mengelakkan akaun digodam atau diakses tanpa kebenaran.

Namun, perlu diketahui bahawa pelaksanaannya mungkin berbeza antara penyedia perkhidmatan, dan ketiga-tiga komponen ini akan diperkenalkan secara berperingkat.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara penggunaan MyDigital ID mengikut telco masing-masing, pengguna boleh merujuk laman web rasmi penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang digunakan.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • MyDigital ID Kini Satu-Satunya Cara Log Masuk MyBayar PDRM Untuk Warganegara
  • Cara Daftar MyDigital ID Secara Dalam Talian
  • Log Masuk MyJPJ Guna MyDigital ID Untuk 18 Tahun Ke Atas - Berkuat Kuasa Februari 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY