Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil 14 nov 2025_

Telco Caj Perlindungan Scam: MCMC Diarah Kenal Pasti, Minta Penjelasan

Diterbitkan November 14, 2025 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diarah untuk mengenal pasti dan mendapatkan penjelasan lanjut daripada syarikat telekomunikasi (telco) berhubung laporan terdapat telco yang mengenakan caj bagi perkhidmatan perlindungan scam atau penipuan.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata tindakan itu bertujuan bagi membolehkan pihaknya meneliti sama ada caj yang diikenakan adalah wajar atau sebaliknya.

“Saya belum meneliti laporan tersebut. Saya akan minta supaya MCMC mengenalpasti syarikat perkhidmatan telekomunikasi tersebut, mendapatkan penjelasan dan meneliti aspek ini sama ada wajar atau tidak (dikenakan caj RM10). Kita nak tahu dulu apa yang dimaksudkan.”

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewajaran pihak telco mengenakan caj RM10 untuk perkhidmatan perlindungan scam.

Sebelum ini, persatuan pengguna dan pakar keselamatan siber mempersoalkan caj tersebut kerana berpendapat perlindungan terhadap penipuan sepatutnya menjadi tanggungjawab asas penyedia perkhidmatan dan tidak wajar ditawarkan secara berasingan.

Caj itu juga disifatkan seolah-olah seperti pengguna lain tidak mendapat perlindungan jika tidak melanggan perkhidmatan berkenaan.

Berkaitan

  • WhatsApp Ada Ciri Baharu Tangani 'Scammer'
  • Manipulasi Kod QR Jadi Taktik Scammer Curi Maklumat Sensitif
  • Whoscall Perkenal Sistem Ganjaran & Misi - Lapor Scam Dapat Mata
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY