Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC sita 10,000 (1)

MCMC Sita Lebih 10,000 Peralatan Komunikasi Tidak Patuh Standard

Diterbitkan Januari 6, 2026 ยท Dikemas kini Januari 6, 2026 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyita sebanyak 10,112 unit peralatan komunikasi yang disyaki tidak diperakui serta gagal mematuhi piawaian teknikal yang ditetapkan, dengan anggaran nilai keseluruhan sekitar RM1 juta.

Rampasan itu dibuat menerusi operasi pemeriksaan Op Optik yang dijalankan hasil maklumat risikan kerjasama antara MCMC dan SIRIM, melibatkan seramai 69 pegawai.

Antara peralatan yang disita termasuk kamera litar tertutup tanpa wayar (wireless CCTV) dan beberapa peralatan sokongan operasi premis termasuk komputer, mesin cetak, telefon bimbit dan penghala (router) WiFi.

Difahamkan, aktiviti pemasaran dan penjualan peralatan tersebut dijalankan melalui pelbagai platform e-dagang dan media sosial.

MCMC melalui Op Optik menyita lebih 10,000 peralatan komunikasi tidak diperakui yang dijual termasuk melalui e-dagang dan media sosial, bagi melindungi keselamatan pengguna dan integriti pasaran. Penguatkuasaan akan terus dipergiat.#MCMC #PDRM #OpOptik pic.twitter.com/SYdEkecVfu

— MCMC (@MCMC_RASMI) January 6, 2026

MCMC menjelaskan penjualan dan penggunaan kelengkapan komunikasi tidak diperakui berisiko menjejaskan keselamatan pengguna kerana ia tidak mematuhi piawaian teknikal ditetapkan.

Selain itu, peralatan sedemikian juga boleh mengganggu rangkaian perkhidmatan, menurunkan kualiti perkhidmatan dan mengancam integriti pasaran tempatan.

Kes ini disiasat di bawah Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, MCMC menegaskan tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi mengekang penjualan kelengkapan komunikasi tidak diperakui untuk melindungi kepentingan pengguna.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Astro Seru Pilih Platform Sah, Peranti Penstriman Haram Dimuatkan Perisian Hasad
  • MCMC Turun Padang Semak Peranti, Elak Beli Jika Tiada Label MCMC
  • Grox Di X Manipulasi Imej Tanpa Kebenaran, MCMC Akan Panggil Wakil Platform

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY