Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saintis Cipta Peranti Yang Bolehkan Anda Rasa Makanan Dalam Dunia Maya

Saintis Cipta Peranti Yang Bolehkan Anda Rasa Makanan Dalam Dunia Maya

Diterbitkan Februari 14, 2025 · Dikemas kini Februari 14, 2025 oleh ariff bukhari

Sekumpulan saintis di City University of Hong Kong telah berjaya mencipta peranti seperti lolipop yang membolehkan pengguna merasai rasa dalam realiti maya (VR).

Peranti ini menggunakan apa yang dipanggil sebagai proses iontophoresis untuk menghantar ion perasa melalui hidrogel agarosa.

Apabila pengguna menjilatnya, air liur mereka akan bercampur dengan bahan kimia gred makanan untuk menghasilkan sehingga sembilan rasa, termasuk gula, garam, teh hijau, dan durian.

Dilengkapi bateri litium-ion dan modul Bluetooth dalam reka bentuk kecil seberat 15 gram, peranti ini berfungsi dalam persekitaran realiti maya, realiti terimbuh, dan realiti campuran.

Pengguna boleh melaraskan tahap keamatan rasa dengan mengubah voltan, namun gel perasa itu hanya bertahan selama satu jam.

Kajian ini melaporkan konsep antara muka gustasi pintar berbentuk lolipop yang boleh dibawa ke mana-mana, berdasarkan susunan penjana rasa untuk aplikasi VR gustatori.

Kajian ini menyertai bidang teknologi yang cuba mendigitalkan deria manusia, seperti peranti haptik yang mensimulasikan tekstur dan suhu.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Jepun Lancar Superkomputer Kuantum Hibrid Pertama Di Dunia
  • Kajian Dedahkan Kapasiti Bateri EV Kekal 90% Walaupun Lebih 100,000 km

Sumber: Decrypt,  Proceedings of the National Academy of Sciences,

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY