Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jepun Lancar Superkomputer Kuantum Hibrid Pertama Di Dunia

Jepun Lancar Superkomputer Kuantum Hibrid Pertama Di Dunia

Diterbitkan Februari 14, 2025 · Dikemas kini Februari 14, 2025 oleh ariff bukhari

Quantinuum, syarikat pengkomputeran kuantum terbesar di dunia dan institusi penyelidikan terbesar di Jepun, RIKEN telah berjaya memasang superkomputer kuantum hibrid pertama di dunia di kampus RIKEN di Wako, Saitama, Jepun.

Komputer kuantum canggih ini yang kini beroperasi sepenuhnya, memberikan penyelidik Jepun akses langsung kepada teknologi Quantinuum yang terkenal dengan prestasi tinggi.

YSTEM MODEL H2 QUANTUM PROCESSOR
Model Sistem H2 Pemproses Kuantum oleh QUANTINUUM.

Sistem ini menggunakan seni bina unik yang menggerakkan qubit secara fizikal, membuka kemungkinan baharu yang tidak tersedia di platform lain.

Malah, salah satu pencapaian penting dengan sistem baharu itu ialah menghubungkannya dengan Superkomputer Fugaku RIKEN di Kobe, Jepun, mewujudkan platform pengkomputeran berprestasi tinggi kuantum hibrid (HPC) termaju.

Jepun Lancar Superkomputer Kuantum Hibrid Pertama Di Dunia
Superkomputer Fugaku.

Dinamakan Reimei, yang bermaksud “fajar” dalam bahasa Jepun, komputer ini akan bekerjasama dengan superkomputer Fugaku milik RIKEN untuk membentuk platform hibrid kuantum-HPC, membolehkan pengiraan yang melangkaui keupayaan superkomputer tradisional.

Pemasangan ini adalah sebahagian daripada projek NEDO di bawah Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun.

Fasa seterusnya pada 2025 akan menumpukan kepada penyepaduan penuh platform hibrid ini.

Quantinuum juga akan bekerjasama dengan penyelidik RIKEN dan pembekal tempatan bagi mengembangkan ekosistem kuantum di Jepun melalui bengkel dan latihan khas.

Komputer kuantum “Reimei” Quantinuum yang dipasang di kemudahan bertaraf dunia RIKEN ini akan mempercepatkan kemajuan saintifik pengkomputeran kuantum merentas fizik, kimia dan aplikasi lain.

Berkaitan

  • Frontier Rampas Takhta Fugaku Sebagai Superkomputer Terpantas Di Dunia
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Tim Cook Sahkan Pelancaran Produk Baharu Minggu Depan - Kemungkinan iPhone SE

Imej utama adalah janaan AI sekadar hiasan

Sumber: RIKEN, Quantinuum

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY