Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bateri ev

Kajian Dedahkan Kapasiti Bateri EV Kekal 90% Walaupun Lebih 100,000 km

Diterbitkan Februari 14, 2025 · Dikemas kini Februari 22, 2025 oleh ariff bukhari

Kajian baharu di Australia mendapati kenderaan elektrik (EV) mengekalkan lebih 90% kesihatan bateri walaupun selepas mencapai julat perjalanan sejauh 120,000 km dan lebih empat tahun digunakan.

Laporan terbaru daripada Pickles, platform pasaran kereta terpakai di Australia itu sekali gus menyangkal kebimbangan mengenai degradasi bateri EV, yang sering menjadi halangan utama dalam pembelian EV di kalangan pengguna.

“Dalam semua ujian setakat ini, purata kesihatan bateri EV yang dijual oleh Pickles melebihi 90 peratus, walaupun untuk kenderaan yang telah menempuh lebih daripada 120,000 km, dan sekurang-kurangnya 93 peratus bagi kenderaan berusia lebih daripada empat tahun.”

Kajian itu menunjukkan bahawa Hyundai EV mengekalkan 99.30% kesihatan bateri selepas 120,000 km, diikuti BYD pada 98.60%, melebihi rekod Tesla sebelum ini.

bateri EV
bateri EV 1

Pickles berkata, jualan EV terpakai melalui platform mereka meningkat 190% tahun lalu, dengan 334 unit terjual pada 2024.

Faktor seperti harga lebih rendah, pelbagai pilihan, dan pengecualian Cukai Faedah Fringe (FBT) menyumbang kepada lonjakan jualan ini.

Di UK, jualan EV terpakai meningkat 57% mengikut laporan Persatuan Pengilang dan Pedagang Motor (SMMT).

Pengenalan Piawaian Kecekapan Kenderaan Baharu (NVES) oleh kerajaan Australia, yang berkuat kuasa tahun ini, dijangka meningkatkan permintaan EV terpakai.

Hasil dapatan kajian ini juga akan memberi keyakinan kepada pembeli EV terpakai kerana mereka tidak perlu mengganti bateri, yang biasanya sangat mahal.

Berkaitan

  • Bateri EV Chery Omoda E5 Jadi Yang Pertama Di Malaysia Diiktiraf SIRIM
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Purata Jangka Hayat EV Adalah 18 Tahun - Kajian

Sumber:The Driven, Pickles

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY