Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Pad

Rupa OPPO Pad Diperlihat, Bakal Dilancar Bersama Siri Find X5 Minggu Ini

Diterbitkan Februari 22, 2022 oleh Amsyar Latif

Seperti yang dijangkakan, pasaran tablet Android semakin meriah tahun ini. Selepas Xiaomi, realme dan Nokia, kini tiba pula giliran OPPO.

Menerusi perkongsian dari akaun rasmi mereka di Weibo, tablet mereka ini digelar sebagai OPPO Pad. Ia bakal dilancarkan secara rasmi bersama-sama siri Find X5 nanti pada 24 Februari ini.

Melihat pada posternya, OPPO Pad menampilkan rekaan dengan sisi rata dan tidak terlalu besar. Turut menyokong pen stylus seperti mana pesaingnya yang lain.

OPPO Pad 1
OPPO Pad 2

Rupanya juga tidak terlalu besar. Boleh dikatakan mirip saiz realme Pad. Malah, secara keseluruhan, rekaannya pun mirip tablet realme. Namun, tidak pelik kerana kedua-dua jenama ini di bawah satu payung yang sama.

OPPO Pad 3

Berdasarkan khabar angin, OPPO Pad menawarkan skrin berkeluasan 10.95 inci LCD dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga akan didatangkan cip Snapdragon 870, bateri 8360mAh, 4 pembesar suara Dolby Atmos, kamera belakang 13MP dan swafoto 8MP.

Oleh yang demikian, sama-sama kita tunggu pelancarannya dalam beberapa hari sahaja lagi dari sekarang.

Sumber: OPPO Weibo

Baca juga:

  • Siri OPPO Reno7 Rasmi Di Malaysia, Pra-Tempah Bermula Hari Ini

  • OnePlus Malaysia Beri Petunjuk Kehadiran Nord CE 2 5G Untuk Pasaran Tempatan

  • Xiaomi 12 Terima Pengesahan TDRA, Pelancaran Global Sudah Semakin Hampir

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY