Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Find X5 Pro Dengan Kamera Hasselblad Akan Dilancarkan 24 Februari

OPPO Find X5 Pro Dengan Kamera Hasselblad Akan Dilancarkan 24 Februari

Diterbitkan Februari 17, 2022 oleh Faiz Munir

Selepas hampir 3 bulan kita mendengar laporan mengenai spesifikasi peranti ini, akhirnya ia telah menerima tarikh rasmi pelancarannya. OPPO bakal merasmikan siri OPPO Find X5 pada 24 Februari 2022 di acara Mobile World Congress (MWC) 2022. 

Disamping mengumumkan tarikh pelancarannya, OPPO juga mendedahkan rekaan penuh peranti ini yang dikongsikan di laman Weibo mereka.

Sehingga hari ini, kita telah mendengar bahawa OPPO Find X5 Pro ini akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 8 Gen 1, menggunakan modul kamera dari Hasselblad yang dikatakan mempunyai fungsi fotografi pintar memfokuskan waktu malam. Tetapi kali ini, model Find X5 tidak menggunakan sistem 4 kamera seperti yang digunakan pada model Find X3.

OPPO Find X5 Pro Dengan Kamera Hasselblad Akan Dilancarkan 24 Februari
OPPO Find X5 Pro Dengan Kamera Hasselblad Akan Dilancarkan 24 Februari

Bukan itu sahaja, kami juga ada melaporkan bahawa OPPO memperkenalkan O-Haptics yang memberikan pengalaman main permaian seperti menggunakan alat kawalan konsol. Ini adalah teknologi baharu yang dipatenkan oleh OPPO bersama European Union Intellectual Property Office.

Untuk tahu lebih lanjut mengenai OPPO Find X5 Pro ini, sama-sama kita nantikan pelancaranya pada 24 Februari nanti.

Sumber: Weibo OPPO

Baca juga:

  • OPPO Find X5 Pro, Modul Kamera Makin Unik Tapi Tak Cukup Kamera
  • O-Haptics OPPO, Beri Pengalaman Gaming Seperti Guna Alat Kawalan Konsol
  • Black Shark 5 dan 5 Pro Akan Tiba Tidak Lama Lagi, Sokong Pengecasan Pantas 120W

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY