Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

OnePlus Malaysia Beri Petunjuk Kehadiran Nord CE 2 5G Untuk Pasaran Tempatan

Posted on Februari 22, 2022

Nord adalah merupakan telefon memfokuskan kelas pertengahan dalam keluarga OnePlus. Untuk model terbaharu, OnePlus Nord CE 2 5G telah diperkenalkan baru-baru ini di India.

Selaku jenama yang agak aktif di pasaran tempatan, OnePlus Malaysia kini telah mengacah kehadiran telefon itu di sini.

Mengenai spesifikasi, OnePlus Nord CE 2 5G membawakan skrin 6.43 inci AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz.

Ia dijana MediaTek MediaTek Dimensity 900 5G dipadankan bersama RAM 8GB dan storan 128GB. Kameranya digalas oleh 64MP utama+12MP sudut lebar+2MP makro serta swafoto 16MP. Bateri telefon adalah berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 65W SuperVOOC.

Pun begitu, OnePlus Malaysia masih berahsia dengan tarikh sebenar pelancarannya – begitu juga harga dan tarikh jualan.

Sebagai rujukan, di India, OnePlus Nord CE 2 5G dijual pada harga sekitar RM1,300.

Sumber: OnePlus Malaysia

Baca juga:

  • Xiaomi 12 Terima Pengesahan TDRA, Pelancaran Global Sudah Semakin Hampir
  • Kajian: Majoriti Telefon Android Kini Mempunyai Bateri Sekurang-Kurangnya Berkapasiti 5,000mAh
  • Terciduk, OnePlus 10 Pro Patah Dua Dalam Ujian Ketahanan

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress