Hampir 3 bulan berlalu sejak pelancarannya, siri OPPO Reno7 kini secara rasminya memasuki pasaran Malaysia. Terdapat dua model yang dibawa masuk, iaitu OPPO Reno7 5G dan OPPO Reno7 Pro 5G.
Tidak seperti di China, terdapat sedikit perbezaan spesifikasi bagi peranti ini.
Kita mulakan dengan model paling berkuasa OPPO Reno7 Pro 5G. Telefon ini dikuasakan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1200-MAX. Dipadankan bersama memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB UFS 3.1. Memorinya juga boleh ditambah sehingga 12GB RAM lagi.
Dilengkapi skrin seluas 6.5 inci, tampil dengan paparan beresolusi FHD AMOLED dan menyokong kadar segar semula 90Hz. Di hadapannya juga, terletak lensa swafoto sebesar 32MP dengan sensor Sony IMX709.
Sementara bahagian belakang, hadir dengan tiga lensa yang terdiri 50MP utama dengan sensor Sony IMX766, 8MP sudut ultra lebar dan 2MP makro.
Melengkapkannya, bateri 4500mAh ditawarkan dengan pengecasan pantas 65W SuperVOOC, pengimbas cap jari pada skrin, NFC, rangkaian 5G, Bluetooth 5.2 dan menjalankan ColorOS 12.
Beralih pada OPPO Reno7 5G, peranti ini dijana cip MediaTek Dimensity 900 bersama-sama 8GB RAM dan storan 256GB UFS 2.2. Seperti model Pro, RAM boleh ditambah tetapi terhad sehingga 5GB sahaja.
Hadir dengan skrin 6.4 inci AMOLED FHD+, ia juga menyokong kadar segar semula 90Hz. Kamera hadapan sama juga dengan Pro, iaitu 32MP. Manakala kamera belakang, ia merangkumi 64MP utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro.
Bekalan bateri berkapasiti 4500mAh diberikan bersama gandingan pengecasan 65W SuperVOOC. Antara lainnya seperti pengimbas cap jari pada skrin, NFC, rangkaian 5G, Bluetooth 5.2 dan menjalankan perisian ColorOS 12.
OPPO Reno7 Pro 5G ditawarkan pilihan warna Starlight Black dan Startrails Blue. Ia dijual pada tanda harga RM2999.
Sementara OPPO Reno7 5G pula mempunyai pilihan warna Starry Black dan Startrails Blue dengan tanda harga RM1999.
Bagi yang berminat pra-tempah bagi kedua-dua telefon pintar terbaharu OPPO itu sudah bermula hari ini (22 Feb) hingga 4 Mac menerusi kedai dalam talian OPPO, Shopee serta Lazada yang mana terdapat hadiah percuma sehingga RM1406.
Manakala jualan rasmi bermula 5 Mac ini dan pembelian di kedai rasmi OPPO boleh dapat diskaun sebanyak 50% buat peranti OPPO Watch Free serta OPPO Enco Air2.
Baca juga:
-
Lebih 6,500 Unit Redmi Note 11 Terjual Di Malaysia Dalam Masa 1 Hari
-
Buat ‘Self-Test’ COVID-19? Jangan Lupa Muat Naik Gambar Keputusan Ke MySejahtera
-
WhatsApp Nanti Boleh ‘Preview’ Fail Dan Gambar Yang Dihantar Sebagai Dokumen