Tablet Pertama realme Pad Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM799

Bukan satu, bukan dua tetapi empat peranti baharu realme dibawa masuk serentak buat pasaran tempatan. Selain realme GT Neo2 yang ditunggu-tunggu, tablet pertama realme - realme Pad juga dilancarkan.

Sesuai dengan tubuhnya yang ringan dan nipis, tablet ini sememangnya boleh menarik minat pengguna yang mahukan peranti untuk hiburan.

Dikuasakan cip pemproses MediaTek Helio G80, memori hingga 6GB RAM, storan sehingga 128GB dan skrin berukuran 10.4 inci IPS LCD dengan resolusi WUXGA+ (2000x1200).

Turut didatangkan bersama bateri 7100mAh dengan sokongan pengecasan 18W, lensa utama dan swafoto 8MP dan mempunyai sistem empat pembesar suara Dolby Atmos.



Terdapat 4 pilihan varian yang ditawarkan, iaitu:

  • 3GB+32GB WiFi - RM899

  • 3GB+32GB LTE - RM949

  • 4GB+64GB LTE - RM999

  • 6GB+128GB LTE - RM1199


Seperti peranti realme yang lain, realme Pad juga menerima promosi jualan pertama pada 11 November ini di Shopee. Varian 3GB+32GB WiFi/LTE masing-masing dijual hanya pada harga RM799 dan RM849.

Baca juga: