Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
67047ab67eb5795fb8e56d6f_CelcomDigi_Media_Release_CelcomDigi x PR1MA MoU

Rumah PR1MA Akan Tersedia Dengan Perkhidmatan Gentian Optik CelcomDigi Pada Kos Berpatutan

Diterbitkan Oktober 15, 2024 oleh ariff bukhari

CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) dan Perbadanan PR1MA Malaysia (“PR1MA”) telah menjalinkan Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menyediakan penyelesaian gentian optik ke rumah (FTTH) dan akses tanpa wayar tetap (FWA) kepada projek PR1MA.

MoU ini juga merangkumi pelaksanaan penyelesaian rangkaian berpusat yang diuruskan dari satu pusat data, yang akan membolehkan pemantauan penggunaan lebar jalur secara masa nyata dan menyediakan pengalaman digital lancar pada kos yang berpatutan.

CelcomDigi dalam satu kenyataan berkata, mereka sedang meneroka peluang untuk menawarkan pakej istimewa mudah alih dan jalur lebar, yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan digital komuniti PR1MA, menjadikan sambungan rangkaian berkualiti lebih mudah diakses dan mampu milik.

Penyelesaian sambungan digital bersepadu ini merupakan asas untuk kedua-dua pihak meneroka pembangunan ciri bandar pintar, seperti sistem keselamatan dan pengawasan, pengurusan tenaga yang cekap, dan pengurusan lalu lintas berasaskan data, yang semuanya meningkatkan keselamatan, keselesaan, dan kelestarian bagi komuniti PR1MA.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Siri vivo X200 Rasmi - Cip Dimensity 9400, Kamera Telefoto 200MP, Bateri BlueVolt
  • Kerajaan Akan Gubal RUU Untuk Tangani Sindiket 'Scammer'

Sumber: CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
©2026 WISER.MY