Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak

Posted on Ogos 23, 2024September 27, 2024

Di era serba digital dan canggih serta informasi yang pantas, pendidikan tidak terkecuali dalam keperluan menggunakan perkakasan dan perisian terkini.

Ia amat penting dalam memenuhi keperluan pelajar dan pendidik mengejar kepesatan perkembangan teknologi dan pengetahuan teknologi maklumat yang pantas berubah.

Pendidikan memerlukan solusi yang inovatif dan efisien

Walau bagaimanapun, faktor-faktor seperti kos, ruang dan kurang pengetahuan teknikal antara menjadi penyebab pengguna beranggapan pemilikan sesebuah komputer sebagai mahal dan membebankan.

Ia menjadi lebih sukar apabila ia diperlukan dalam kuantiti yang banyak seperti makmal komputer untuk sekolah mahupun operasi sesebuah syarikat.

Maka sebab itulah, JOI sebuah jenama popular yang telah lama bertapak di Malaysia kini menawarkan penyelesaian dengan produk terbaru mereka, JOI Virtual Lab Solution.

Menerusi JOI Virtual Lab Solution, ia bukan sahaja menjimatkan kos, tetapi menghilangkan segala kebimbangan lain anda terhadap isu-isu berbangkit tentang pemilikan PC.

JOI Virtual Lab Solution menawarkan jawapan yang lengkap untuk keperluan pendidikan mahupun organisasi moden dengan menyatukan teknologi canggih dalam satu pakej yang bersepadu.

1 PC diguna 4 pengguna serentak

Apa yang menariknya dengan penyelesaian yang ditawar JOI ini adalah ia menyelesaikan pelbagai isu yang dihadapi pengguna sekali gus.

JOI Virtual Lab Solution menyelesaikan isu utama yang paling dibimbangi iaitu kos kerana hanya dengan 1 unit PC sahaja, ia boleh digunakan sehingga 4 orang pengguna dengan  serentak.

Menggunakan ciri komputer berpusat, PC JOI yang bersaiz mini tapi berprestasi ini mampu menyokong sehingga 4 orang pengguna serentak atau bersamaan dengan 4 buah PC berbeza.

Ini sekali gus menjadikan kos pemilikan menjadi sangat mampu milik kerana anda tidak perlu pun membeli sehingga 4 unit PC yang berbeza.

Sebaliknya cukup dengan 1 unit PC JOI sudah mampu menampung 4 pengguna. Lebih jimat, lebih bijak.

Pengguna akan merasai pengalaman menggunakan monitor bersaiz penuh, seolah-olah menggunakan komputer desktop tradisional.

Jimat ruang

JOI Virtual Lab Solution bukan sahaja menjimatkan kos pemilikan PC, tapi anda juga tak perlu pening memikirkan keperluan ruang yang besar.

Ini kerana, JOI Virtual Lab Solution yang hadir dalam reka bentuk mini mudah sahaja diletakkan di atas sebuah meja atau di mana-mana bahagian meja yang sesuai.

Dari situ, anda boleh sambungkan 4 monitor dan perkakasan lain untuk disambungkan bersamanya di satu ruang menja yang sama.

Jadi, makmal komputer yang diperlukan tidaklah perlu memakan ruang yang begitu besar bersaiz dewan.

Sebaliknya, ruang bersaiz bilik darjah sudah mencukupi dijadikan makmal komputer yang mampu menampung berpuluh pelajar dalam sebuah bilik yang bersaiz sederhana sahaja.

Reka bentuknya yang kompak menjadikannya sesuai untuk ruang yang kecil, menjimatkan ruang fizikal di kawasan pembelajaran yang terhad.

Mudah diselenggara

Ketiadaan berpuluh unit PC pastinya memudahkan ia diselenggara seperti kemasan wayar monitor dapat diuruskan dengan lebih kemas serta kemasan peranti lain juga dapat diurus dengan lebih baik.

Malah kemas kini perisian juga mudah dibuat kerana sebagai contoh, jika sebelum ini anda perlu menguruskan sehingga 40 unit PC, tapi kini ia diringkaskan kepada 10 unit sahaja yang menyokong sehingga 40 orang pengguna.

JOI Virtual Lab Solution merupakan pilihan yang ideal untuk institusi pendidikan yang ingin mengurangkan perbelanjaan sambil meningkatkan kualiti pengajaran.

Jimat tenaga

Pengurangan unit PC ini juga bukan sahaja menjimatkan kos pemilikan, tapi juga menawarkan penggunaan tenaga yang lebih rendah. Sekali gus menjadikan penggunaan elektrik yang lebih rendah berbanding sebelum ini.

Sistem ini membantu mengurangkan sisa elektronik dan penggunaan tenaga secara keseluruhan.

Sokongan pelbagai sistem operasi

JOI Virtual Lab Solution juga bukan sahaja menyelesaikan isu-isu di atas, tetapi juga isu berbangkit yang lain khususnya sistem operasi bagi PC.

Anda tidak perlu bimbang sistem operasi mana yang patut digunakan kerana JOI Virtual Lab Solution dengan menggunakan Intel NUC tersedia menyokong pelbagai sistem operasi yang berbeza sekali gus termasuklah Windows & Linux.

Jadi, tidak kiralah sistem operasi mana yang anda mahu gunakan, ia tersedia untuk anda.

JOI Virtual Lab Solution menawarkan pengalaman penggunaan komputer yang menyerupai komputer penuh dengan sokongan pelbagai sistem pengendalian seperti Windows dan Linux.

Operasi organisasi lebih cekap, jimat dan ringkas

JOI Virtual Lab Solution mengintegrasikan pelbagai teknologi dalam satu sistem yang mudah diurus. 

Dengan menggunakan Intel NUC yang menyokong akses serentak oleh empat pengguna, institusi pendidikan dapat menggantikan beberapa komputer desktop dengan satu unit yang lebih padat dan efisien.

Sistem ini menyediakan ciri pengurusan dan penyediaan automatik yang memudahkan pentadbir IT dalam menyelenggara dan menguruskan terminal pelajar. Ini membolehkan pengurusan yang lebih baik dan responsif terhadap keperluan pengguna.

Secara keseluruhan, JOI Virtual Lab Solution menawarkan penyelesaian yang meningkatkan kecekapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam institusi pendidikan mahupun operasi syarikat.

Malah ia juga menjanjikan penyelesaian dalam pengurangan kos dan memberi impak yang positif terhadap alam sekitar. 

Ini sekali gus menjadikannya pilihan yang bijak untuk institusi pendidikan yang ingin memperbaiki cara mereka menguruskan teknologi sambil memaksimumkan manfaat darinya.

Sebagai contoh, beberapa sekolah di Malaysia sudah pun memanfaatkan kelebihan JOI Virtual Lab Solution yang dipacu Intel NUC ini seperti Sekolah Jenis Kebangsaan China (SJKC) Kelang Lama, Kulim, Kedah, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Union, George Town, Pulau Pinang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Jit Sin 2, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang , anda boleh mengisi borang di pautan ini di mana pakar jualan JOI akan membantu anda menyesuaikan JOI Virtual Lab Solution yang bersesuaian dengan keperluan anda.

Artikel ini dibawakan JOI Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress