vivo kini melancarkan siri X200 di Beijing, China yang mana siri ini dijangka membawa revolusi baharu dalam kamera sebuah telefon pintar. Tiga model diperkenalkan, iaitu vivo X200 Pro, X200 Pro mini, dan X200. Tambahan lagi vivo mendakawa bahawa siri X200 ini akan menjadi pesaing siri iPhone 16.
Bermula dengan vivo X200 Pro, model ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9400. Peranti ini menawarkan memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0.
Dari segi paparan, vivo X200 Pro hadir dengan skrin 6.78-inci LTPO OLED melengkung beresolusi 1.5K dan berkadar segar semula 120Hz.
Tarikan utama vivo X200 Pro semestinya adalah kamera yang direka bersama dengan ZEISS. Ia dilengkapi dengan kamera utama 50MP 1/1.28” Sony LYT-8180, 50MP ultra lebar dan telefoto ZEISS APO 200MP yang menawarkan jarak fokus dari 24mm sehingga 135mm. Malah, ia turut hadir dengan mod telefoto makro. Sementara swafoto adalah 32MP.
Dari segi video, ia mampu untuk membuat rakaman 8K, slo-mo 4K120FPS, potret 4K dan format Log 10 bit.
Selain itu vivo X200 kali ini juga ada ciri live photo di mana format tersebut juga menyokong peranti iPhone.
vivo X200 Pro mempunyai bateri-silikon BlueVolt sebesar 6,000mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 90W dan pengecasan tanpa wayar 30W. Ciri-ciri lain termasuk penarafan kalis debu dan air IP68, sokongan 5G, Wi-Fi 7, dan NFC. Peranti ini menjalankan Android 15 dengan antara muka OriginOS 5.
Untuk model X200 Pro mini, peranti ini dilengkapi cip Dimensity 9400, memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB. Skrin adalah hanya 6.31 inci berpanelkan LTPO OLED rata dan beresolusi 1.5K serta kadar penyegaran 120Hz. Bateri sedikit kecil, iaitu 5,700mAh dengan pengecasan berwayar 90W dan tanpa wayar 30W.
Model Pro mini turut didatangkan dengan tiga kamera belakang 50MP yang terdiri utama, ultra lebar dan telefoto persikop. Tambahan lagi, ia juga dilengkapi cip pengimejan V3+, sama seperti model pro.
Akhir sekali, model asas X200. Telefon ini hadir dengan kamera utama 50MP, 50MP ultra lebar dan 50MP telefoto. Bateri pula berkapasiti 5,800mAh dengan pengecasan 90W berwayar.
Peranti ini dilengkapi skrin LTPO OLED melengkung 6.67 inci berkadar segar semula 120Hz. Dikuasakan Dimensity 9400, memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 512GB.
Lain-lain adalah mirip dengan model pro.
Harga
Buat masa sekarang, peranti ini ditawarkan untuk pasaran China terlebih dahulu dengan harga bermula RMB5,299 (~RM3210) untuk X200 Pro, RMB4,699 (~RM2848) untuk X200 Pro mini dan bermula RMB4,299 (~RM2,605) model X200.
{suggest}