Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Datuk Seri Azalina Othman Said_Parlimen

Kerajaan Akan Gubal RUU Untuk Tangani Sindiket ‘Scammer’

Diterbitkan Oktober 15, 2024 oleh Amalina Athman

Kerajaan akan menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Dalam Talian untuk menangani sindiket scammer atau penipuan dalam talian di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata penggubalan RUU itu akan dibuat selepas Belanjawan 2025.

Pada sesi ini kita akan wujudkan RUU Jenayah Dalam Talian selepas pembentangan Belanjawan 2025 supaya pelbagai perkata dapat kita bahas dan luluskan.

Tambahnya, scammer bukan sahaja melibatkan jenayah komunikasi, malah merangkumi jenayah e-kewangan, love scam, jenayah e-dagang, pinjaman dan pelaburan tidak wujud.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kerajaan juga telah mengambil langkah proaktif dengan membuat pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah bagi menangani kes jenayah siber, khususnya mengenai kes penipuan kewangan melibatkan penggunaan akaun keldai (mule account).

Pindaan tersebut telah memasukkan peruntukan baharu berkaitan kesalahan mana-mana orang yang membenarkan akaun banknya digunakan oleh orang lain tanpa kuasa yang sah atau maksud yang sah.

Selain RUU berkaitan jenayah dalam talian, beliau turut memaklumkan satu RUU baharu melibatkan Keselamatan Dalam Talian juga akan digubal untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dalam talian.

Berkaitan

  • RUU Keselamatan Dalam Talian Akan Dibentang Oktober Ini
  • Akta Keselamatan Siber 2024 Mula Berkuat Kuasa Hari Ini
  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!
  • Kod Tatalaku Pelesenan Platform Media Sosial Diumum Hujung Bulan Ini - Fahmi

Sumber: Parlimen, Facebook Azalina Othman Said

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
©2026 WISER.MY