Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
hab pengecasan EV R&R Seremban_

R&R Seremban Bakal Jadi Hab Pengecasan EV Bersepadu Pertama Di Malaysia

Diterbitkan Oktober 17, 2025 · Dikemas kini Oktober 17, 2025 oleh Amalina Athman

Sebuah hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) bersepadu pertama di Malaysia akan dibangunkan di kawasan rehat dan rawat (R&R) Seremban arah Selatan, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Projek ini merupakan inisiatif kerjasama sektor awam dan swasta di bawah penyelarasan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan pemantauan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), dengan kerjasama PLUS Malaysia Berhad dan Yinson GreenTech.

Hab bersepadu ini turut disokong oleh infrastruktur tenaga solar, mencerminkan komitmen kerajaan terhadap tenaga boleh diperbaharui serta mobiliti rendah karbon.

hab pengecasan EV R&R Seremban_2
Foto: Kementerian Kerja Raya

Menurut KKR, hab tersebut akan menempatkan 20 poin pengecasan pantas (sehingga 350kW) yang membolehkan pengguna mengecas kenderaan dalam tempoh 20 hingga 30 minit. Ia turut dilengkapi dengan kemudahan moden seperti premis makanan dan minuman (F&B), pandu lalu, surau dan tandas awam bagi memastikan keselesaan pengguna lebuh raya.

Hab EV Seremban dijangka siap sepenuhnya pada awal tahun 2027, menjadi pemangkin kepada rangkaian lebuh raya pintar dan lestari di Malaysia.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Stesen Pengecasan EV Terpantas Kini Di KL Eco City, Kuasa Sehingga 350kW
  • EV Mampu Milik Ubah Landskap Automotif Malaysia, Tapi Isu Pengecasan Di Kondominium Kekal Cabaran
  • Perodua Ada Aplikasi Baru, Gabung EV, E-Wallet & Hiburan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
©2026 WISER.MY