Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Stesen Pengecasan EV Terpantas Kini Di KL Eco City, Kuasa Sehingga 350kW

Stesen Pengecasan EV Terpantas Kini Di KL Eco City, Kuasa Sehingga 350kW

Diterbitkan September 26, 2025 oleh Amsyar Latif

Kuala Lumpur kini mempunyai stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) terpantas selepas Charge+, salah satu syarikat pengecas EV terbesar di Asia Tenggara, melancarkan hab pengecasan ultra pantas di KL Eco City. Projek ini dibangunkan melalui kerjasama strategik dengan pengeluar kereta elektrik China, XPENG Motors.

Di KL Eco City, Charge+ telah memasang enam pengecas berkuasa sehingga 350kW DC. Dengan kelajuan ini, ia menjadikan fasiliti tersebut sebagai stesen pengecas EV terpantas di Kuala Lumpur.

Hab ini terletak di tengah kawasan pembangunan bercampur seluas 25 ekar yang merangkumi pusat beli-belah, kediaman dan pejabat, menjadikannya lokasi yang ideal untuk pemandu EV mengecas dengan pantas sambil menjalankan aktiviti harian.

Melalui kerjasama ini, Charge+ dan XPENG merancang untuk membina sekurang-kurangnya 20 stesen pengecas pantas jenis Arus Terus (DC) di beberapa negara Asia Tenggara.

Teknologi yang digunakan mampu mencapai kuasa setinggi 480kW DC, membolehkan bateri EV dicas daripada 10 peratus ke 80 peratus dalam hanya 12 minit.

Selain Kuala Lumpur, tiga lagi lokasi supercharging pertama sudah pun beroperasi di rantau ini iaitu Royal Square Novena dan Downtown East di Singapura, serta One Bangkok di Thailand. Walaupun begitu, tumpuan utama untuk pemandu Malaysia jelas terletak di KL Eco City sebagai hab pengecasan ultra pantas pertama di negara ini.

Stesen Pengecasan EV Terpantas Kini Di KL Eco City, Kuasa Sehingga 350kW

Fasa kedua pembangunan akan menyaksikan rangkaian diperluas ke Indonesia dan beberapa negara lain, dengan stesen baharu ditempatkan di pusat membeli-belah, kawasan komersial dan hentian lebuh raya. Projek ini juga menyokong rancangan Charge+ untuk mewujudkan lebuh raya EV sepanjang 5,000 kilometer yang menghubungkan Singapura hingga ke Hanoi, Vietnam.

Pemilik kenderaan XPENG akan menikmati manfaat tambahan daripada kerjasama ini. Antaranya termasuk diskaun eksklusif di rangkaian pengecas awam Charge+ selama tiga tahun, serta potongan harga tambahan di stesen supercharging bersama Charge+.

Mulai hujung 2025, rangkaian Charge+ juga akan boleh diakses terus melalui aplikasi XPENG, termasuk fungsi mula dan hentikan pengecasan dari dalam aplikasi.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Zurich Perkenal Pelan Insurans EV Pertama Dengan Perlindungan Bateri & Pengecas
  • 1,000 Belia Akan Diberi Latihan EV Di Politeknik Sultan Azlan Shah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY