Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rangkaian 5G Di Malaysia Dijangka Akan Diperkenalkan Seawal Penghujung Tahun 2022

Rangkaian 5G Malaysia Antara 5 Teratas Terbaik Dan Paling Konsisten Di Dunia

Diterbitkan Mei 3, 2024 oleh ariff bukhari

Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson telah mengumumkan program untuk memangkin pendigitalan perusahaan di Malaysia, yang didayakan oleh keupayaan rangkaian 5G yang terkemuka di dunia.

Melalui beberapa siri Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kehadiran YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital dan Börje Ekholm, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ericsson, inisiatif industri perintis ini akan membuka jalan kepada teknologi termaju untuk membolehkan pendigitalan perusahaan merentas pelbagai industri, dan memacu Malaysia ke hadapan sebagai negara digital terkemuka.

Intel akan menjadi rakan kongsi teknologi, seperti dalam MoU terdahulu untuk bekerjasama dalam pembangunan kes penggunaan 5G untuk merangsang penggunaan teknologi baharu oleh perusahaan.

Ciri-ciri rangkaian 5G berkelajuan tinggi dan kependaman rendah di Malaysia membolehkan komunikasi yang cekap antara mesin, robot dan sistem dalam kilang, yang membawa kepada peningkatan produktiviti dan, kecekapan.

Ketua Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh, Encik David Hägerbro berkata, “Rangkaian 5G Malaysia yang bertaraf dunia disenaraikan antara lima teratas di dunia dan antara sebab kejayaannya ialah ketersediaan 5G, harga mampu milik, pengalaman pelanggan yang hebat dan keupayaan rangkaian. Infrastruktur digital yang didayakan oleh rangkaian 5G di Malaysia menjadikan menjalankan perniagaan di negara ini lebih berdaya saing dan menarik bagi pelabur asing.”

Ketua Pegawai Strategi DNB, Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, “Disebabkan rangkaian 5G bertaraf dunia yang kita ada hari ini, Malaysia berada dalam kedudukan yang sangat unik untuk mempercepatkan pendigitalannya. Rangkaian ini sudah meliputi lebih daripada 80% penduduk dan mempunyai salah satu persembahan pengalaman dan konsisten terbaik di dunia.”

“Untuk memacu lagi penggunaan 5G di kalangan perusahaan, DNB dan Ericsson telah memulakan program ini yang akan menjamin industri utama untuk menunjukkan potensi penuh pendigitalan dan 5G. Ini akan bertindak sebagai pemangkin untuk memulakan pendigitalan merentas industri.”

Menurut laporan Q4 2023 Ookla, rangkaian 5G Malaysia mencapai skor konsistensi 5G tertinggi di seluruh dunia dan Malaysia terus mendahului di Asia Tenggara dari segi prestasi rangkaian 5G.

Berkaitan

  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Siaran media DNB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY