Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UpScrolled_featured (1)

Ramai Pengguna Di AS Padam TikTok, Aplikasi ‘UpScrolled’ Kini Jadi Pilihan Alternatif

Diterbitkan Januari 27, 2026 · Dikemas kini Januari 28, 2026 oleh Amalina Athman

Purata harian pengguna di Amerika Syarikat (AS) yang memadam aplikasi TikTok kini dilaporkan meningkat hampir 150% sejak syarikat itu mengumumkan operasinya akan ditempatkan di bawah entiti baharu.

Untuk rekod, usahasama yang dikenali sebagai TikTok USDS Joint Venture LLC beroperasi sebagai sebuah entiti bebas dengan lembaga pengarah tujuh ahli, majoritinya warga AS. Data pengguna AS pula akan dilindungi dalam persekitaran awan Oracle di negara itu.

Dari segi pemilikan, ByteDance kini memiliki 19.9% pegangan dalam usahasama tersebut. Tiga pelabur pengurusan iaitu Silver Lake, Oracle dan MGX masing-masing memegang 15% pemilikan.

Platform alternatif

Susulan perubahan pemilikan dan kebimbangan terhadap dasar privasi, sebahagian pengguna mula mencari platform alternatif. Salah satu aplikasi yang semakin mendapat perhatian ialah UpScrolled.

Sehingga artikel ini ditulis, UpScrolled berada di kedudukan ke-4 secara keseluruhan dan di tempat kedua dalam kategori rangkaian sosial dalam Apple App Store di Amerika Syarikat.

No ad budget. No big tech backing. Just you.
🇺🇸 #2 🇬🇧 #2 🇦🇺 #3
We see you. We're not done yet. pic.twitter.com/XUeU2SOc5T

— UpScrolled (@realUpScrolled) January 26, 2026

UpScrolled diasaskan oleh Issam Hijazi, teknologis Palestin-Jordan-Australia, dengan matlamat untuk menyediakan ruang kepada pengguna “meluahkan fikiran secara bebas, berkongsi detik dan berhubung dengan orang lain”.

“Shadowbanned di tempat lain? Tidak di sini. UpScrolled ialah platform sosial di mana setiap suara mendapat kuasa yang sama. Tiada shadowbans. Tiada permainan algoritma. Tiada keutamaan berbayar. Hanya hubungan sebenar di mana kandungan anda sampai kepada orang yang paling penting,” menurut laman web UpScrolled.

Aplikasi ini menggabungkan ciri-ciri yang biasa ditemui di Instagram dan X, membolehkan pengguna berkongsi foto, video dan hantaran teks, menemui kandungan baharu, serta menghantar mesej peribadi.

Ramai Pengguna Di AS Padam TikTok, Aplikasi ‘UpScrolled’ Kini Jadi Pilihan Alternatif
Ramai Pengguna Di AS Padam TikTok, Aplikasi ‘UpScrolled’ Kini Jadi Pilihan Alternatif
Ramai Pengguna Di AS Padam TikTok, Aplikasi ‘UpScrolled’ Kini Jadi Pilihan Alternatif

Menurut data Appfigures seperti dilaporkan TechCrunch, aplikasi ini mencatatkan kira-kira 41,000 muat turun antara Khamis, iaitu hari perjanjian TikTok dimuktamadkan, dan Sabtu, yang merangkumi hampir satu pertiga daripada jumlah pemasangan sepanjang tempoh kewujudannya.

Sebagai rujukan, UpScrolled bukan satu-satunya aplikasi yang menyaksikan lonjakan pengguna susulan pengambilalihan itu. Data daripada Sensor Tower menunjukkan muat turun Skylight Social di Amerika Syarikat naik 919%, manakala Rednote milik China meningkat 53% minggu ke minggu.

UpScrolled tersedia secara global dan boleh dimuat turun di Apple App Store atau Google Play Store.

Berkaitan

  • TikTok Berdepan Ancaman Sekatan Di AS, Pengguna Mula Beralih Ke 'Xiaohongshu'
  • TikTok Perkenal Ciri Baharu Untuk Pencipta Kandungan
  • Pengguna TikTok Kelak Boleh Kawal Jumlah Kandungan AI Di 'For You'
  • Skrin Tak Silau, Stylus Lebih Pintar, Kenapa HUAWEI MatePad 12 X 2026 Rasa Berbeza
  • TikTok Di AS Kini Di Bawah Entiti Baharu, ByteDance Pegang 19.9%

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY