Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaohongshu RedNote

TikTok Berdepan Ancaman Sekatan Di AS, Pengguna Mula Beralih Ke ‘Xiaohongshu’

Diterbitkan Januari 14, 2025 ยท Dikemas kini Januari 14, 2025 oleh Amalina Athman

Xiaohongshu, aplikasi media sosial China yang juga dikenali sebagai RedNote, mula meraih populariti susulan potensi sekatan TikTok di Amerika Syarikat.

Untuk rekod, aplikasi Xiaohongshu dilancarkan pada 2013, dengan menawarkan antara muka seakan Pinterest dan Instagram. Platform ini pada awalnya membolehkan pengguna dan pempengaruh berkongsi ulasan produk dengan integrasi e-dagang, sebelum mula menawarkan video pendek seperti TikTok.

Seperti dilaporkan TechCrunch, aplikasi ini telah menjadi tular dalam kalangan pengguna muda di China, terutamanya ketika pandemik COVID-19.

Dengan potensi sekatan TikTok di AS, pengguna kini mula ‘membanjiri’ aplikasi Xiaohongshu dan menggelarkan diri mereka sebagai “TikTok refugees” atau pelarian TikTok dalam video-video yang dimuat naik di platform itu.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan sedang mencari komuniti baharu kerana potensi sekatan TikTok.

ss Xiaohongshu The Verge
Kredit: The Verge

Potensi sekatan TikTok di AS

Berkenaan potensi sekatan TikTok di Amerika Syarikat, ia ketika ini belum lagi dimuktamadkan.

Minggu lalu, Mahkamah Agung AS telah mendengar hujah lisan sama ada untuk mengekalkan undang-undang yang akan mengharamkan TikTok atau mendesak pemiliknya yang berpangkalan di China, ByteDance, untuk menjual aset TikTok kepada syarikat AS.

Mahkamah Agung mempunyai tempoh sehingga 19 Januari 2025 untuk mengeluarkan keputusan itu.

Walaupun begitu, dua penggubal undang-undang Demokrat pada Isnin mendesak Kongres dan Presiden Biden untuk melanjutkan tarikh akhir keputusan, yang mana Biden boleh melanjutkannya sehingga 90 hari.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • TikTok Ambil Langkah Tegas, Larang Penuras Kecantikan Untuk Pengguna Bawah 18 Tahun
  • TikTok PayLater Kini Tersedia Di Malaysia, Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Aktifkannya
  • Instagram Jauh Lebih Popular Dari TikTok Dalam Kalangan Remaja Malaysia - Kajian

Sumber: The Verge, Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
©2026 WISER.MY