Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna TikTok Kelak Boleh Kawal Jumlah Kandungan AI Di ‘For You’

Pengguna TikTok Kelak Boleh Kawal Jumlah Kandungan AI Di ‘For You’

Diterbitkan November 20, 2025 · Dikemas kini November 20, 2025 oleh Amalina Athman

TikTok mengumumkan bahawa pengguna kelak boleh mengawal jumlah kandungan berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang muncul di halaman ‘For You‘.

Dalam beberapa minggu akan datang, TikTok akan mula menguji kawalan khusus untuk kandungan AI. Melalui pilihan ini, pengguna boleh melaras sendiri jumlah kandungan yang dijana AI di halaman For You, sama ada mahu melihat lebih banyak atau mengurangkannya.

Namun, tiada pilihan untuk menutup sepenuhnya kandungan AI.

TikTok AI content fyp

Tetapan baharu ini akan diletakkan bersama kawalan kandungan lain yang boleh diakses melalui Settings and Privacy > Content Preferences > Manage Topics. Ketika ini, pengguna boleh menyesuaikan kekerapan melihat kandungan lebih daripada 10 kategori, termasuk seni kreatif, tarian, fesyen dan kecantikan, gaya hidup, alam semula jadi dan pelbagai kategori lain.

Dalam perkembangan lain, TikTok juga sedang menguji sistem penandaan kandungan AI menggunakan “invisible watermark”, yang menjadikan label AI lebih sukar dipadam apabila dikongsi semula atau dimuat naik ke platform lain.

Tera air tersembunyi ini akan ditambah pada kandungan AI yang dihasilkan menggunakan alat TikTok seperti AI Editor Pro, serta kandungan yang dimuat naik dengan C2PA Content Credentials.

Berkaitan

  • Pengguna TikTok Kini Boleh Kawal Kekerapan Topik Kandungan Muncul Di ‘For You’
  • TikTok Lancar Ciri ‘Footnotes’ Untuk Perangi Maklumat Palsu
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • TikTok Perkenal Ciri Baharu Untuk Pencipta Kandungan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY