Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok WiserMY

TikTok Perkenal Ciri Baharu Untuk Pencipta Kandungan

Diterbitkan Oktober 29, 2025 · Dikemas kini Oktober 29, 2025 oleh Amalina Athman

TikTok kini memperkenalkan tiga ciri baharu untuk pencipta kandungan, termasuk ganjaran bulanan serta sokongan berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Smart Split

Tersedia secara global di TikTok Studio Web, Smart Split secara automatik memotong, menyesuaikan bingkai, menambah kapsyen, dan menyalin transkrip bagi kandungan panjang kepada beberapa video pendek yang sedia untuk dimuat naik ke TikTok.

Contohnya, pengguna boleh membahagikan vlog “sehari dalam kehidupan” atau episod podcast kepada beberapa klip pendek.

TikTok Smart Split

Untuk memulakan, pengguna hanya perlu memuat naik kandungan melebihi satu minit dan memilih bahagian yang ingin ditukar kepada klip pendek. Berdasarkan bahagian video yang dipilih, Smart Split secara automatik boleh menentukan panjang video atau pengguna boleh menetapkan panjang tertentu.

Selain itu, pengguna juga boleh memilih format kapsyen yang berbeza dan menyesuaikan kandungan menjadi klip menegak. Setelah Smart Split menghasilkan klip, pengguna boleh memilih mana-mana video untuk dimuat naik terus ke akaun TikTok.

AI Outline

Ciri ini direka untuk membantu pencipta yang memerlukan panduan dalam menyusun kandungan sebelum rakaman sebenar.

Dengan AI Outline, pencipta hanya perlu memasukkan input arahan atau dengan memilih topik yang paling banyak dicari melalui Creator Search Insights. Kemudian, AI Outline akan menjana tajuk video, hashtag, hook dan rangka kandungan, serta memberi idea keseluruhan tentang cara terbaik untuk menyusun kandungan tersebut.

TikTok AI Outline

AI Outline menjana rangka yang membahagikan video kepada enam bahagian yang boleh disesuaikan oleh pencipta. Contohnya, pengguna boleh memanjangkan atau memendekkan tajuk, memperhalusi hook dan menyesuaikan idea skrip secara keseluruhan.

Bermula hari ini, AI Outline tersedia untuk pencipta berumur 18 tahun ke atas di Amerika Syarikat, Kanada dan beberapa pasaran terpilih, dengan ketersediaan lebih meluas dalam beberapa minggu akan datang.

Ganjaran bulanan

TikTok turut mengumumkan kemas kini perkongsian hasil untuk produk Langganan (Subscription), membolehkan pencipta menerima sehingga 90% daripada keuntungan.

Kini, selepas ditolak yuran, pencipta menerima 70% daripada perkongsian hasil TikTok. Pencipta yang memenuhi syarat tambahan seperti mempunyai sekurang-kurangnya 10,000 pengikut serta 100,000 tontonan dan sekurang-kurangnya 3 video eksklusif langganan dalam bulan lepas, boleh menikmati ganjaran bulanan tambahan 20%.

Berkaitan

  • TikTok Lancar Ciri ‘Footnotes’ Untuk Perangi Maklumat Palsu
  • TikTok Perkenal Ciri Baharu - Fokus Pada Ibu Bapa, Pencipta, Kesihatan Digital
  • TikTok Shop Naikkan Yuran Komisen Mulai 13 September
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY