Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Visual – Snapdragon 7s Gen 4 Mobile Platform

Qualcomm Umum Snapdragon 7s Gen 4 Dengan Sedikit Peningkatan Prestasi

Diterbitkan Ogos 20, 2025 oleh Amalina Athman

Selepas setahun memperkenalkan cip pendahulunya, Qualcomm kini hadir dengan pemproses kelas pertengahan baharu, iaitu Snapdragon 7s Gen 4.

Dari segi teknikal, ia masih mengekalkan proses 4nm dengan seni bina CPU Kryo 1+3+4 yang sama seperti Snapdragon 7s Gen 3.

Satu teras utama Cortex-A720 kini dipertingkatkan kelajuan kepada 2.7GHz berbanding 2.5GHz sebelum ini. Namun, tiga teras Cortex-A720 (2.4GHz) dan empat teras Cortex-A520 (1.8GHz) masih mengekalkan kelajuan yang sama.

Secara keseluruhan, Qualcomm mendakwa cip ini menawarkan peningkatan prestasi CPU sekitar 7%.

Snapdragon 7s Gen 4 _2

GPU Adreno yang dinaik taraf pada Snapdragon 7s Gen 4 juga bukanlah perubahan besar, dengan peningkatan prestasi sekitar 7% sahaja berbanding 7s Gen 3.

Perubahan cip ini bukan terletak pada kuasa grafik, sebaliknya pada sokongan paparan. Snapdragon 7s Gen 4 kini membolehkan penggunaan skrin ultra-lebar dengan resolusi WFHD+ pada kadar segar semula 144Hz serta paparan HDR10+.

Snapdragon 7s Gen 4 turut menampilkan keupayaan fotografi berasaskan AI dengan sokongan Triple ISP dan AI Remosaic. Ia juga dilengkapi keupayaan AI pada peranti, termasuk sokongan AI generatif.

Spesifikasi lain merangkumi RAM LPDDR5 berkelajuan 3,200MHz, storan UFS 3.1 dan teknologi pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 4+.

Snapdragon 7s Gen 4 _

Sokongan sambungan pula meliputi rangkaian 5G sub-6GHz, Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.4 serta codec audio aptX Lossless dan aptX Adaptive untuk kualiti bunyi yang lebih baik.

Berkaitan

  • Qualcomm Perkenal Snapdragon 8s Gen 4 - Cortex-X4, Prestasi 31% Lebih Pantas
  • Qualcomm Perkenal Snapdragon 7 Gen 4 Dengan Peningkatan Ketara Prestasi AI
  • Qualcomm Lancar Panel Kawalan GPU Baharu Untuk Snapdragon X Elite
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY