Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm Lancar Snapdragon X Elite – 12 Teras Oryon, 4.6TFLOPs

Qualcomm Lancar Panel Kawalan GPU Baharu Untuk Snapdragon X Elite

Diterbitkan Mei 27, 2025 · Dikemas kini Mei 27, 2025 oleh ariff bukhari

Qualcomm kini semakin serius mahu jadikan Snapdragon X Elite mereka bersaing dalam dunia permainan.

Walaupun sebelum ini, cip ini dikatakan mampu memainkan permainan terkini yang memerlukan grafik berkuasa tinggi, tetapi prestasinya masih terhad kerana hanya bergantung pada grafik terbina dalam pemproses.

Kini, Qualcomm memperkenalkan antaramuka baharu untuk mengoptimumkan prestasi grafik permainan dengan kawalan Adreno Control Panel.

Antaramuka ini memberikan lebih kawalan pada GPU Qualcomm Adreno untuk pengguna mengubah tetapan grafik bagi mengoptimumkan prestasi permainan seperti mana peranti dengan GPU NVIDIA atau AMD.

Qualcomm Lancar Panel Kawalan GPU Baharu Untuk Snapdragon X Elite

Panel ini membolehkan pemain mengemaskini pemacu GPU Snapdragon X Elite untuk prestasi optimum, selain menyesuaikan tetapan seperti tekstur, had bingkai (fps) dan ciri baharu yang dikenali sebagai Video Super Resolution.

Ciri ini didakwa setanding DLSS (NVIDIA) atau FSR (AMD), bagi meningkatkan kadar bingkai permainan tanpa merendahkan kualiti visual.

Dev blog images 5
Qualcomm Lancar Panel Kawalan GPU Baharu Untuk Snapdragon X Elite

Adreno Control Panel masih dalam fasa beta yang boleh dimuat turun secara percuma. Buat masa ini, ia hanya menawarkan prestasi semasa yang mencapai sekitar 30FPS untuk judul permainan Baldur’s Gate 3 dan 40FPS untuk Control.

Qualcomm turut mengumumkan bahawa Fortnite akan hadir ke platform ini, memperkukuh lagi fokus mereka terhadap pasaran gaming.

Meskipun Snapdragon X Elite belum setanding dengan cip grafik NVIDIA atau AMD, langkah ini menunjukkan usaha Qualcomm  dalam memperluas pengaruh mereka dalam dunia gaming laptop berkuasa ARM.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • AstraZeneca, Ericsson, Saab Dan NVIDIA Bekerjasama Bina Superkomputer AI Terbesar Di Sweden
  • Empat Gergasi Telefon China Seragamkan Pengecasan Pantas Dengan UFCS 2.0

Sumber: Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY