Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 8s Gen 4_6

Qualcomm Perkenal Snapdragon 8s Gen 4 – Cortex-X4, Prestasi 31% Lebih Pantas

Diterbitkan April 3, 2025 · Dikemas kini April 3, 2025 oleh Amalina Athman

Qualcomm baru-baru ini mengumumkan cip terbarunya, iaitu Snapdragon 8s Gen 4.

Snapdragon 8s Gen 4 dibina pada proses 4nm TSMC N4P dan CPU Kryo yang lebih lama berbanding teras Oryon yang terdapat pada cip andalan Snapdragon 8 Elite.

Dengan 8 teras CPU, ia terdiri daripada 1 teras utama Cortex-X4 (3.2GHz), 3 teras Cortex-A720 (3.0GHz), 2 teras Cortex-A720 (2.8GHz) dan 2 teras Cortex-A720 (2.0GHz). Menurut Qualcomm, cip ini mempunyai prestasi CPU 31% lebih pantas berbanding Snapdragon 8s Gen 3.

Snapdragon 8s Gen 4 juga dilengkapi dengan GPU Adreno 825 baharu, yang dikatakan oleh Qualcomm mampu memberikan peningkatan prestasi grafik sebanyak 49% berbanding Snapdragon 8s Gen 3.

Selain itu, ia turut menyokong teknologi ray tracing secara terbina serta ciri Snapdragon Elite Gaming seperti Snapdragon Game Super Resolution 2.0 dan Adreno Frame Motion Engine 2.0.

Snapdragon 8s Gen 4_1

Pemproses Qualcomm NPU Hexagon yang dikemas kini menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 44% untuk tugas AI pada peranti. Qualcomm juga menambah pemproses isyarat imej (ISP) tiga kali ganda 18-bit yang menyokong sensor kamera sehingga 320MP serta rakaman video HDR 4K pada 60fps.

Snapdragon 8s Gen 4_2

Cip baharu ini turut dilengkapi dengan modem Snapdragon X75 5G, dengan kelajuan muat turun maksimum sehingga 4.2Gbps, namun ia hanya menyokong spektrum sub-6GHz. Lain-lain termasuk sokongan sambungan Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0, storan UFS 4.0, RAM LPDDR5x dan USB 3.1 Gen 2.

Snapdragon 8s Gen 4 dijangka membuat penampilan pertama pada iQOO Z10 Turbo hujung bulan ini, dengan lebih banyak peranti daripada Xiaomi, Oppo, Meizu dan jenama lain bakal dilancarkan dengan cip ini tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Xiaomi 15 Kini Di Malaysia - Snapdragon 8 Elite, Skrin 3200 Nits, Harga Bermula RM3,499
  • U Mobile Dan Qualcomm Bekerjasama Percepat Transformasi Digital IoT Di Malaysia
  • Siri realme 14 Jadi Yang Pertama Di Dunia Guna Cip Snapdragon 6 Gen 4

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY