Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon Wear Elite Hero Image

Qualcomm Perkenal Snapdragon Wear Elite – Cip 3nm Dengan NPU Terbina Untuk Peranti Boleh Pakai

Diterbitkan Mac 2, 2026 · Dikemas kini Mac 2, 2026 oleh Amalina Athman

Qualcomm hari ini memperkenalkan cip Elite pertama untuk peranti boleh pakai dan jam tangan pintar, dikenali sebagai Snapdragon Wear Elite.

Snapdragon Wear Elite Chipcase

Snapdragon Wear Elite memberi fokus kepada konsep ‘Personal AI’, dan direka untuk digunakan pada jam tangan pintar, pin AI, loket digital serta peranti boleh pakai generasi baharu yang memerlukan pemprosesan AI secara terus pada peranti.

Cip ini dibina menggunakan seni bina 3nm dan dilengkapi CPU dengan kelajuan sehingga 2.1GHz. Menurut Qualcomm, prestasi CPU teras tunggal meningkat hampir 5 kali ganda berbanding generasi sebelumnya, manakala prestasi GPU pula sehingga 7x lebih pantas.

A new world of personal AI experiences is here. #Snapdragon Wear Elite is our first wearable platform with an integrated NPU, bringing powerful on-device AI and breakthrough performance to a new generation of wearable form factors. pic.twitter.com/ojqp3Ueihi

— Snapdragon (@Snapdragon) March 2, 2026

Untuk pemprosesan AI, Snapdragon Wear Elite hadir dengan eNPU (embedded NPU) untuk penggunaan berkuasa rendah seperti pengecaman kata kunci, pengesanan aktiviti serta fungsi pengurangan bunyi. Ia juga merupakan cip Snapdragon untuk peranti boleh pakai pertama yang dilengkapi Hexagon NPU khusus, dengan kemampuan mengendalikan sehingga 2 bilion parameter secara terus pada peranti serta memproses sehingga 10 token sesaat (TPS).

Dari segi bateri dan pengecasan, Wear Elite menjanjikan sehingga 30% tempoh penggunaan lebih lama berbanding generasi cip sebelumnya, selain sokongan pengecasan pantas yang mampu mencapai 50% dalam hanya 10 minit.

Snapdragon Wear Elite Infographic

Snapdragon Wear Elite turut membawa peningkatan dari segi sambungan dengan sokongan 5G RedCap, sambungan satelit, Wi-Fi, UWB, Bluetooth 6.0 serta teknologi sambungan lain yang direka untuk memastikan peranti boleh pakai kekal berhubung dalam lebih banyak situasi. Selain Android dan Wear OS, Wear Elite juga menyokong Linux.

Peranti komersial pertama yang menggunakan Snapdragon Wear Elite dijangka akan dilancarkan dalam beberapa bulan akan datang.

Berkaitan

  • Qualcomm Dedah Hala Tuju 6G, Ujian Peranti Bermula 2028
  • Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik
  • Qualcomm Umum Snapdragon X2 Plus - Dua Versi Teras, CPU 35% Lebih Pantas
  • 5 Teknologi Audio Qualcomm AptX Yang Perlu Anda Tahu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY