Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm Snapdragon C

Snapdragon C Bakal Kuasakan Laptop Windows Dengan Harga Sekitar RM1,200

Diterbitkan Mei 29, 2026 · Dikemas kini Mei 29, 2026 oleh Amalina Athman

Qualcomm kini mengumumkan cip Snapdragon C yang direka untuk membawa komputer riba Windows ke segmen harga lebih mampu milik, dengan sasaran sekitar AS$300 (~RM 1,189.35) ke atas.

Platform ini dibangunkan untuk memberikan prestasi yang lebih responsif dalam penggunaan harian seperti melayari web, menonton video, melakukan kerja produktiviti dan panggilan video.

Pada masa sama, ia menekankan kecekapan tenaga bagi memastikan komputer riba boleh digunakan lebih lama untuk sekali pengecasan sambil beroperasi dalam keadaan yang senyap serta penggunaan lebih lancar.

Ia juga menyertakan NPU untuk fungsi AI asas, tetapi tidak menyokong keupayaan Copilot+ kerana tidak mencapai keperluan prestasi 40 TOPS.

Menurut Qualcomm, pendekatan ini bertujuan memenuhi keperluan pengguna yang semakin berubah, di mana harga dan kecekapan menjadi faktor penting dalam pemilihan peranti. Dengan gabungan prestasi yang stabil, bateri tahan lama dan sokongan AI, platform ini dijangka membantu pengeluar seperti Acer, HP dan Lenovo menawarkan pilihan komputer riba mampu milik yang lebih seimbang dari segi pengalaman penggunaan.

Peranti yang dikuasakan Snapdragon C dijangka akan mula dijual pada lewat tahun ini.

Berkaitan

  • Qualcomm Umum Snapdragon X2 Plus - Dua Versi Teras, CPU 35% Lebih Pantas
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Qualcomm Dan Wayve Perkenal Platform ADAS/AD Baharu
  • Qualcomm Umum Snapdragon 6 Gen 5, Snapdragon 4 Gen 5

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY