Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri Snapdragon X2 Dilancar, Sokongan Aplikasi Lebih Luas, Bateri Tahan Sehingga 29 Jam

Siri Snapdragon X2 Dilancar, Sokongan Aplikasi Lebih Luas, Bateri Tahan Sehingga 29 Jam

Diterbitkan Mei 21, 2026 · Dikemas kini Mei 21, 2026 oleh ariff bukhari

Qualcomm Technologies hari ini mengumumkan ketibaan barisan model komputer riba baharu yang dipacu pemproses Siri Snapdragon X2 Gen 2 untuk pasaran Malaysia.

Snapdragon X2 Series menjanjikan prestasi lebih pantas, kecekapan tenaga tinggi dan pengalaman pengguna yang lebih pintar.

Siri Snapdragon X2 Dilancar, Sokongan Aplikasi Lebih Luas, Bateri Tahan Sehingga 29 Jam
Qualcomm menekankan prestasi responsif, hayat bateri panjang dan rekaan komputer riba yang nipis serta ringan.

Menurut Alicia Lim, Ketua Jualan dan Pemasaran Qualcomm Asia Tenggara, pengguna kini menilai PC berdasarkan pengalaman sebenar — bukan sekadar spesifikasi — dan Snapdragon X2 direka untuk memenuhi gaya hidup moden yang mementingkan mobiliti dan berasaskan AI.

Qualcomm mendakwa, komputer riba yang dipacu pemproses dari Siri Snapdragon X2 adalah peranti AI paling berkuasa dengan kuasa pemprosesan AI sehingga 85 TOPS.

Menurut Qualcomm, Siri Snapdragon X2 turut menambah baik pengalaman permainan dengan keserasian aplikasi yang lebih luas untuk lebih daripada 2,000 judul permainan dan 1,000 aplikasi.

WhatsApp Image 2026-05-21 at 14.52.31
WhatsApp Image 2026-05-21 at 14.51.28

Malah, untuk menghilangkan kebimbangan pengguna yang masih bergantung harap pada pengecas, Siri Snapdragon X2 berupaya meningkatkan prestasi hayat bateri komputer riba sehingga 29 jam.

WhatsApp Image 2026-05-21 at 11.45.36

Siri Snapdragon X2 akan memacu pelbagai model  komputer riba dari pelbagai jenama ASUS Zenbook A16, Lenovo Ideapad 5 2-in-1, dan Lenovo Yoga Slim 7x yang akan hadir di Malaysia melalui peruncit utama seperti Harvey Norman, Thunder Match dan PC Image.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Qualcomm Umum Snapdragon X2 Plus - Dua Versi Teras, CPU 35% Lebih Pantas
  • Qualcomm Umum Snapdragon 6 Gen 5, Snapdragon 4 Gen 5

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY