Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
social media 2024_

Proses Permohonan Lesen Media Sosial Tidak Sukar – Fahmi

Diterbitkan Ogos 22, 2024 oleh Amalina Athman

Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa proses permohonan lesen untuk membolehkan penyedia platform media sosial beroperasi di negara ini tidak sukar.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan proses permohonan itu dijangka mengambil masa antara tiga hingga lima hari bekerja.

Kita beri jaminan kepada (penyedia) platform media sosial, memandangkan yang kita kenakan ini adalah ‘Class License’ maka prosesnya tidak sukar dibandingkan dengan ‘Individual License’.

Mengulas lanjut, pihaknya menjangkakan akan menerima permohonan lesen daripada pengendali platform media sosial sekitar Oktober atau November ini.

Seperti dilaporkan sebelum ini, kerangka kawal selia atau pelesenan perkhidmatan media sosial tidak melibatkan pengguna platform media sosial.

Sementara itu, merujuk kepada larangan penggunaan Telegram dalam kalangan penjawat awam di Amsterdam, Fahmi berkata kerajaan ketika ini belum mengambil sebarang ketetapan untuk mengenakan tindakan yang sama kepada penjawat awam di negara ini.

Sebaliknya, beliau menjelaskan isu berkaitan keselamatan yang membabitkan penjawat awam diuruskan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).

Berkaitan

  • Platform Media Sosial, Pemesejan Dengan Minimum 8 Juta Pengguna Perlu Mohon Lesen Mulai 1 Ogos
  • Pengguna Tidak Akan Terkesan Dengan Kerangka Kawal Selia Perkhidmatan Media Sosial - MCMC
  • Ini Sebab Kenapa Kerajaan Wujudkan Lesen Pemberi Perkhidmatan Internet Dan Media Sosial
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini

Sumber: BERNAMA

Gambar utama: Linkedin

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY