Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telegram banned

Amsterdam Haramkan Penjawat Awam Guna Telegram Pada Telefon Kerja

Diterbitkan Ogos 20, 2024 · Dikemas kini Ogos 20, 2024 oleh Amalina Athman

Perbandaran Amsterdam melarang penjawat awamnya daripada menggunakan aplikasi pemesejan Telegram pada telefon kerja berikutan kebimbangan terhadap aktiviti jenayah dan potensi pengintipan.

Larangan itu, yang dilaksanakan pada akhir April tetapi baru-baru ini didedahkan kepada umum, dikaitkan dengan kebimbangan bahawa Telegram boleh menjadi “tempat perlindungan selamat untuk penggodam, penjenayah siber dan pengedar dadah,” menurut jurucakap majlis perbandaran itu, seperti yang dilaporkan oleh NL Times dan penyiar BNR.

Walaupun belum ada majlis perbandaran lain di Belanda yang mengambil tindakan sama, laporan itu menyebut bahawa perkhidmatan perisikan Belanda – AIVD, telah mengesan ancaman pengintipan daripada aplikasi pemesejan itu.

Selain Telegram, perkhidmatan perisikan itu juga telah menandakan aplikasi seperti Temu dan AliExpress sebagai sangat berisiko.

Dengan larangan ini, Telegram kini merupakan aplikasi terbesar yang diharamkan oleh pihak berkuasa Belanda sejak pengharaman TikTok pada telefon penjawat awam tahun lalu.

Berkaitan

  • Cara Mencipta "Folder" Khas Untuk Mengkelaskan Perbualan Pada Aplikasi Telegram
  • Ribuan Bot Telegram Digunakan Untuk Sebar Perisian Hasad Pada Peranti Android
  • Telegram Perkenal Sejumlah Ciri Baharu - Pelayar Berbilang Tab, Stor Aplikasi Mini
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini

Sumber: AA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY