Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC__new 2023

Platform Media Sosial, Pemesejan Dengan Minimum 8 Juta Pengguna Perlu Mohon Lesen Mulai 1 Ogos

Diterbitkan Julai 27, 2024 · Dikemas kini Julai 27, 2024 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mengumumkan semua perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan internet (internet messaging services) yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), bermula 1 Ogos 2024.

Menurut MCMC, ia merupakan sebahagian daripada kerangka kawal selia baharu yang akan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025.

Langkah ini selaras dengan keputusan Jemaah Menteri bahawa perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan internet mesti mematuhi undang-undang Malaysia, bagi memerangi peningkatan kes jenayah siber termasuk penipuan dalam talian, buli siber dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

MCMC menjelaskan kegagalan memperoleh lesen selepas tarikh kuat kuasa adalah satu kesalahan, dan tindakan perundangan sewajarnya boleh diambil di bawah Akta 588.

Sebelum ini, platform-platform tersebut telah dikecualikan daripada keperluan pelesenan berdasarkan Perintah Komunikasi dan Multimedia (Pelesenan) (Pengecualian) 2000.

Bagaimanapun, perlu diketahui bahawa kerangka kawal selia baharu itu hanya terpakai kepada platform yang menepati syarat kelayakan pelesenan dan tidak melibatkan pengguna.

Berkaitan

  • Tidak Semua Penurunan Kandungan Di TikTok Atas Permintaan MCMC, Kerajaan Malaysia - Teo
  • MCMC Dan PDRM Akan Teliti SOP Mudahkan Buat Aduan Buli Siber

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY