Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
media sosial

Ini Sebab Kenapa Kerajaan Wujudkan Lesen Pemberi Perkhidmatan Internet Dan Media Sosial

Diterbitkan Ogos 5, 2024 · Dikemas kini Ogos 5, 2024 oleh ariff bukhari

Seperti semua sedia maklum, kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengumumkan bahawa kerangka kawal selia bagi perkhidmatan pesanan Internet (Internet messaging services) dan perkhidmatan media sosial (social media services) telah diwartakan yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2025 nanti.

Menerusi penguatkuasaan kerangka ini, semua pemberi perkhidmatan pesanan internet dan pemberi perkhidmatan media sosial yang mempunyai sekurang- kurangnya lapan juta pengguna di Malaysia perlu memohon Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta  588).

Mana-mana pemberi perkhidmatan yang beroperasi tanpa lesen selepas tempoh tersebut adalah melakukan suatu kesalahan, dan tindakan perundangan sewajarnya boleh diambil.

MCMC dalam pembentangannya menegaskan, objektif utama kerangka kawal selia ini diwujudkan bukanlah untuk menyekat kandungan di internet dan media sosial.

Sebaliknya, ia bagi mengikat penyedia perkhidmatan pesanan internet dan perkhidmatan media sosial dengan undang-undang di Malaysia meliputi kandungan dan kualiti.

Mengambil contoh beberapa kerajaan lain seperti Indonesia, Ireland, UK dan Eropah, mereka mempunyai kuasa mengawal selia yang lebih kukuh kepada hampir semua platform meliputi permainan, enjin carian, penstriman.

Kerangka kawal selia internet

Maka dengan penguatkuasaan kerangka ini, semua pemberi perkhidmatan pesanan internet dan pemberi perkhidmatan media sosial boleh diambil tindakan jika mereka tidak patuh kepada undang-undang yang ditetapkan ke atas mereka di Malaysia.

Sebagai contoh, tindakan yang diambil oleh kerajaan Indonesia terhadap DuckDuckGo baru-baru ini kerana carian lucah dan perjudian di dalam hasil enjin carian tersebut.

Malah Indonesia juga pernah menyekat banyak tapak media sosial yang lain seperti Reddit dan Vimeo dan mengenakan sekatan sementara atau separa ke atas Tumblr, Telegram, TikTok, Netflix dan Badoo.

Jadi, dengan penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta  588) itu nanti, bukan sahaja tindakan undang-undang dapat diambil dengan lebih berkesan, tetapi juga usaha memerangi peningkatan kes jenayah siber termasuk penipuan dan judi dalam talian, buli siber serta jenayah seksual terhadap kanak-kanak akan dapat di atasi dengan lebih baik.

Lesen tersebut hanya dikenakan ke atas pemberi perkhidmatan sahaja (contoh: Facebook, Facebook Messenger, Instagram, Telegram, TikTok, WeChat, WhatsApp, X dan YouTube) yang dikehendaki untuk mendapatkan lesen daripada MCMC, jika memenuhi kriteria pelesenan seperti mempunyai sekurang- kurangnya 8 juta pengguna di Malaysia.

Berkaitan

  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini
  • Platform Media Sosial, Pemesejan Dengan Minimum 8 Juta Pengguna Perlu Mohon Lesen Mulai 1 Ogos
  • Pengguna Tidak Akan Terkesan Dengan Kerangka Kawal Selia Perkhidmatan Media Sosial - MCMC
  • Kerajaan Teliti Cadangan Wujudkan Aplikasi Media Sosial Baharu Untuk Rakyat Malaysia
  • Kerana Carian Lucah Dan Perjudian, DuckDuckGo Disekat Di Indonesia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY