Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Semak Kasih_

Portal ‘Semak Kasih’ Mudahkan Waris Semak Perlindungan Takaful, Insurans Hayat

Diterbitkan Jun 29, 2026 ยท Dikemas kini Jun 29, 2026 oleh Amalina Athman

Semak Kasih kini diperkenalkan sebagai portal sehenti yang membolehkan rakyat Malaysia menyemak sama ada ahli keluarga yang telah meninggal dunia mempunyai perlindungan takaful keluarga atau insurans hayat yang masih belum dituntut.

Portal ini dibangunkan secara bersama oleh Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) di bawah seliaan Bank Negara Malaysia.

Melalui Semak Kasih, waris tidak lagi perlu menghubungi setiap pengendali takaful atau syarikat insurans hayat secara berasingan untuk membuat semakan.

Sebaliknya, portal ini berfungsi sebagai platform berpusat yang membantu mengenal pasti sama ada ahli keluarga yang telah meninggal dunia mempunyai sijil takaful keluarga atau polisi insurans hayat dengan penyedia yang mengambil bahagian.

Untuk membuat semakan, pengguna hanya perlu mendaftar akaun di portal Semak Kasih dengan menggunakan nama, nombor MyKad atau dokumen pengenalan, alamat e-mel serta nombor telefon. Selepas log masuk, pengguna boleh menghantar permohonan dengan mengisi maklumat pengenalan si mati dan memuat naik salinan sijil kematian yang jelas.

Sekiranya padanan rekod ditemui, pengguna akan diberikan maklumat untuk menghubungi pengendali takaful atau syarikat insurans hayat yang berkaitan bagi mendapatkan bantuan lanjut atau memulakan proses tuntutan.

Jika tiada rekod ditemui, portal akan memaparkan mesej “Tiada sijil takaful atau polisi insurans ditemui dalam rekod kami.”

Perkhidmatan percuma ini diwujudkan bagi membantu keluarga yang mungkin tidak mengetahui bahawa insan tersayang pernah mengambil perlindungan takaful atau insurans hayat. Dalam keadaan kehilangan ahli keluarga, usaha mengesan manfaat tersebut boleh menjadi rumit sekiranya waris tidak mengetahui syarikat yang menawarkan perlindungan berkaitan

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Tribunal Bagi Antibuli Dilancar, Aduan Boleh Dikemuka Melalui Portal Awam
  • Bil Elektrik Naik? Ini Yang Perlu Difahami Mengenai Struktur Tarif TNB
  • Tambang LRT3 Laluan Shah Alam Percuma Sebulan, Ini Yang Pengguna Perlu Tahu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY