Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pelancaran tribunal bagi antibuli

Tribunal Bagi Antibuli Dilancar, Aduan Boleh Dikemuka Melalui Portal Awam

Diterbitkan Jun 16, 2026 · Dikemas kini Jun 18, 2026 oleh Amalina Athman

Kerajaan hari ini melancarkan Tribunal bagi Antibuli yang diwujudkan di bawah Seksyen 25 Akta Antibuli 2026 bagi mengendalikan kes berkaitan salah laku buli secara khusus.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, tribunal tersebut berfungsi untuk menangani, mengadili dan membuat keputusan terhadap kes buli dengan pendekatan yang lebih pantas, menyeluruh dan berkesan.

Bagi memastikan akses keadilan yang saksama, Tribunal bagi Antibuli turut menyediakan portal awam yang membolehkan orang ramai mendaftarkan aduan. Portal tersebut boleh diakses melalui laman tab.bheuu.gov.my.

Tribunal bagi antibuli_1

Penubuhan tribunal ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan dalam menangani pelbagai bentuk buli termasuk buli lisan, fizikal, sosial dan siber yang semakin membimbangkan, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Pengoperasian tribunal ini menggunakan pendekatan perundangan restoratif yang pantas, kos efektif dan berorientasikan perlindungan mangsa (victim-centric).

Bagi menyokong pelaksanaannya, Peraturan-Peraturan Antibuli (Tribunal bagi Antibuli) 2026 turut dikuatkuasakan hari ini yang bertujuan memperincikan prosedur dan tatacara pengendalian kes serta prosiding buli.

Tribunal Bagi Antibuli Dilancar, Aduan Boleh Dikemuka Melalui Portal Awam

Dalam masa sama, seramai 56 anggota tribunal telah dilantik yang terdiri daripada pakar dalam bidang perundangan dan kanak-kanak. Mereka akan bertindak sebagai panel prosiding bagi memastikan setiap kes diadili secara bebas dan profesional.

Menurut Azalina, tribunal ini juga akan bekerjasama dengan Akademi Perundangan Negara dan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak dalam menjalankan program advokasi serta meningkatkan kesedaran mengenai hak mangsa dan bidang kuasa tribunal.

Berkaitan

  • Jangan Takut, Ini Cara Buat Aduan Insiden Buli Terus Kepada KPM
  • Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 Dikuatkuasakan - Ini Perlu Diketahui
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY