Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gobind Singh_1

Bacaan Pertama Rang Undang-Undang Perkongsian Data 2024 Telah Dibentangkan Di Dewan Rakyat

Diterbitkan Disember 11, 2024 oleh ariff bukhari

Kementerian Digital hari ini memaklumkan, Bacaan Pertama Rang Undang-Undang Perkongsian Data 2024 (RUUPD 2024) telah dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Penggubalan RUU Perkongsian Data 2024 ini adalah untuk membenarkan perkongsian data dalam sektor awam dilaksanakan.

Ianya merupakan tambahan kepada peruntukan undang-undang bertulis lain yang berkaitan serta berupaya memberikan nilai tambah dalam penyampaian perkhidmatan awam jangka masa panjang yang berteraskan kecerdasan buatan (AI).

Keberhasilan RUU ini juga sejajar dengan pengwujudan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) yang akan diluncurkan oleh YAB Perdana Menteri pada 12 Disember 2024.

Melalui Akta Perkongsian Data 2024 kelak, ia akan bertindak sebagai mekanisme perundangan dan tambahan kepada peruntukan-peruntukan sedia ada yang mengandungi obligasi kerahsian.

Di samping itu ia juga bertujuan melindungi data-data tertentu dengan mengambil kira pertimbangan keselamatan negara, kepentingan awam serta ketidakwajaran sesuatu data itu dikongsikan.

Akta Perkongsian Data 2024 yang bakal dikuatkuasa ini mengandungi 5 bahagian dan 29 Fasal bakal melonjakkan faedah jangka masa panjang kepada tiga (3) kumpulan sasaran utama iaitu kerajaan, ekonomi negara dan masyarakat.

RUU ini bukan sahaja meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap komunikasi yang telus, malahan berupaya melonjakkan ekonomi digital pada masa hadapan.

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • MCMC Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat Dan Rangkaian Untuk Industri Komunikasi Dan Multimedia
  • Singapura Akan Mula Import 50MW Bekalan Tenaga Baharu Dari Malaysia Bulan Ini

Sumber: Kementerian Digital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY