Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Horizon 2023/2024, Buku Rujukan Ekonomi Digital Untuk Pelabur

MDEC Komited Pacu Transformasi Digital PMKS Dan Perkukuh Ekonomi Perkongsian

Diterbitkan Disember 12, 2024 oleh Rushsyafizal

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyokong penuh keputusan Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Ke-4 Negara (MED4IRN) untuk meluluskan Inisiatif Pendigitalan Perniagaan Bersepadu bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Inisiatif ini dijangka menjadi pemangkin kepada pendigitalan rantaian perniagaan, meningkatkan produktiviti, dan mengurangkan kos operasi sehingga 20% menjelang 2030.

Inisiatif ini merangkumi ciri utama seperti Penyatuan ID Perniagaan dan Penilaian Tahap Kematangan Digital. Usaha ini akan membantu PMKS mengenal pasti penyelesaian digital yang sesuai dengan keperluan mereka, sekali gus melonjakkan tahap kematangan digital perniagaan tempatan.

Kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya 1.26 juta perniagaan akan mencapai tahap kematangan digital yang komprehensif, manakala 292,000 perniagaan dijangka mencapai tahap pendigitalan penuh menggunakan teknologi terkini.

Menurut CEO MDEC, Anuar Fariz Fadzil, kolaborasi strategik bersama SME Corp dan agensi lain akan memastikan pelaksanaan inisiatif ini berjalan lancar.

MDEC turut mengalu-alukan Rangka Tindakan Ekonomi Perkongsian (RTEP) dan penambahbaikan struktur tadbir urus Jawatankuasa Kebangsaan Ekonomi Perkongsian (JKEP).

Dengan 230 platform Ekonomi Perkongsian aktif sehingga Ogos 2024, penambahbaikan ini bertujuan merebut peluang ekonomi digital, terutama dalam dasar perundangan dan pelan tindakan yang lebih fokus.

MDEC kekal komited memperkukuhkan Malaysia sebagai hab digital serantau, selaras dengan visi Ekonomi MADANI yang berteraskan keterangkuman, kemampanan, dan kemakmuran bersama.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Voice Memo Kini Sokong Rakaman Berlapis Pada iPhone 16 Pro, Pro Max
  • Singapura Laksana Pelepasan Imigresen Guna Kod QR Untuk Penumpang Bas Mulai 16 Disember
  • Dewan Rakyat Lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
  • [Kemas Kini] ChatGPT Alami Gangguan, Tidak Dapat Diakses Sementara Waktu

Sumber: Siaran media MDEC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY