Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony PlayStation featured_

Sony Tamatkan Pengeluaran Cakera Fizikal Untuk Permainan Baharu PlayStation Mulai Januari 2028

Diterbitkan Julai 1, 2026 · Dikemas kini Julai 2, 2026 oleh Amalina Athman

Sony Interactive Entertainment (SIE) mengumumkan bahawa pengeluaran cakera fizikal untuk semua permainan baharu PlayStation akan ditamatkan bermula Januari 2028.

Menurut SIE, keputusan itu dibuat susulan perubahan corak pilihan pengguna yang semakin beralih kepada pembelian permainan secara digital. Bermula tarikh tersebut, semua permainan baharu untuk konsol PlayStation hanya akan ditawarkan dalam format digital menerusi PlayStation Store dan peruncit.

Peralihan ini tidak menjejaskan permainan yang telah dilancarkan atau yang akan dilancarkan dalam format cakera sebelum Januari 2028.

Dalam pengumuman berasingan, Sony turut mengesahkan PlayStation Store untuk PS3 dan PS Vita akan ditutup secara berperingkat. Penutupan PlayStation Store pada PS3 akan bermula pada Ogos 2026 di Mexico, Honduras dan Nicaragua, sebelum diperluaskan ke beberapa negara lain di Amerika Latin serta Asia Barat pada penghujung 2026.

Bagi semua negara lain, termasuk Malaysia, PlayStation Store untuk PS3 dan PS Vita akan ditutup pada Julai 2027. Selepas penutupan itu, pengguna tidak lagi boleh membeli permainan atau kandungan digital baharu melalui kedua-dua platform berkenaan.

Bagaimanapun, Sony berkata pengguna masih boleh memuat turun semula permainan dan kandungan digital yang telah dibeli sebelum ini untuk tempoh yang akan dimaklumkan kemudian.

Dua pengumuman serentak ini memperlihatkan peralihan PlayStation ke arah pengedaran permainan secara digital sepenuhnya, selain mengurangkan sokongan terhadap platform lama yang telah berada di pasaran selama hampir dua dekad.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Sony Naikkan Harga PS5 Di Malaysia Bermula Mei - Kini Dari RM2,499
  • Sony Dilapor Tidak Lagi Tawarkan Permainan 'Single-Player' PlayStation Di PC
  • Langganan PlayStation Plus Di Malaysia Turut Naik Harga
  • Pra-Tempah GTA 6 Bermula Tengah Malam Ini – Versi Fizikal Hanya Guna Kod Muat Turun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY