Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PlayStation Studio_3

Sony Dilapor Tidak Lagi Tawarkan Permainan ‘Single-Player’ PlayStation Di PC

Diterbitkan Mei 19, 2026 · Dikemas kini Mei 19, 2026 oleh Amalina Athman

Sony dilaporkan tidak lagi akan menawarkan permainan single-player utama PlayStation ke platform PC.

Menurut Jason Schreier dari Bloomberg, CEO PlayStation Studio Hermen Hulst telah memaklumkan kepada kakitangan dalam satu sesi perjumpaan pada Isnin bahawa permainan naratif single-player syarikat itu kini akan kekal eksklusif untuk konsol PlayStation. Kenyataan ini sekali gus mengesahkan laporan Bloomberg awal tahun ini.

Pada Mac lalu, Schreier melaporkan Sony telah membatalkan rancangan untuk melancarkan versi PC bagi permainan Ghost of Yōtei yang dijadualkan tahun lalu serta permainan lain yang dibangunkan secara dalaman. Namun begitu, laporan ketika itu menyatakan permainan dalam talian (multiplayer/live-service) masih akan hadir di pelbagai platform susulan perubahan strategi tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Sony bukanlah satu-satunya syarikat yang dilihat menilai semula pendekatan eksklusif ini. CEO Xbox Asha Sharma sebelum ini juga dilaporkan sedang menilai semula dasar permainan eksklusif untuk platform Xbox.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • GTA 6 Akan Dilancar Di Konsol Dulu, Versi PC Kemudian - CEO Take-Two
  • Sony Naikkan Harga PlayStation Plus Di Beberapa Pasaran

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY