Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PS5 DIGITAL

Sony Naikkan Harga PS5 Di Malaysia Bermula Mei – Kini Dari RM2,499

Diterbitkan April 27, 2026 ยท Dikemas kini April 27, 2026 oleh Amalina Athman

Selepas sebulan mengumumkan pelarasan harga di beberapa pasaran utama, Sony kini memperincikan kenaikan harga PlayStation 5 bagi rantau Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

Bermula 1 Mei 2026, harga baharu ditetapkan kepada RM2,499 untuk PS5 Digital Edition, RM2,799 (PS5) dan RM3,999 untuk PS5 Pro. Masing-masing menunjukkan kenaikan antara RM150 hingga RM430 berbanding harga sebelum ini.

Dalam masa sama, Sony turut mengemas kini harga PlayStation Portal. Peranti yang dilancarkan pada 2024 dengan harga RM999 kini akan dijual pada RM1,099 bermula tarikh yang sama.

Seperti dijelaskan sebelum ini, Sony memaklumkan pelarasan harga dibuat susulan tekanan ekonomi global yang berterusan.

Walaupun perubahan ini memberi kesan kepada pengguna, syarikat itu menegaskan langkah tersebut penting bagi memastikan mereka terus dapat membangunkan dan menawarkan pengalaman permainan yang konsisten dan berkualiti tinggi untuk pengguna di seluruh dunia.

Berkaitan

  • Kenapa PlayStation Portal Tidak Seperti PS Vita Atau Nintendo Switch? Ini Penjelasan Sony
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Sony Naikkan Harga PS5, PS5 Pro, PlayStation Portal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
  • Malaysia, AS Berhasrat Kerjasama Sokong Pembangunan Awan AI Berdaulat - AS Sedia Tawar Dana AS$50 Juta
  • Pedang Cahaya Darth Vader Terjual Pada Harga RM21 Juta, Termahal Dalam Sejarah Memorabilia Star Wars
©2026 WISER.MY