Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PlayStation Plus

Langganan PlayStation Plus Di Malaysia Turut Naik Harga

Diterbitkan Mei 20, 2026 oleh Amalina Athman

Sony sebelum ini memaklumkan harga langganan PlayStation Plus untuk pelanggan baharu akan dinaikkan di beberapa pasaran terpilih bermula 20 Mei 2026.

Kini, Malaysia nampaknya tidak terkecuali apabila harga langganan tempatan dikesan telah pun dikemas kini pagi ini.

Berdasarkan semakan, ketiga-tiga pelan iaitu PlayStation Plus Essential, Extra dan Deluxe masing-masing mengalami kenaikan sebanyak RM4 bagi langganan satu bulan dan tiga bulan.

Berikutan kenaikan ini, harga bagi pelan Essential kini bermula daripada RM39 (1 bulan) / RM99 (3 bulan), pelan Extra menjadi RM57/RM159, manakala pelan Deluxe pula berharga RM69/RM189.

Namun begitu, harga langganan tahunan untuk semua pelan kekal tidak berubah.

PlayStation Plus harga 2026
Harga baharu PlayStation Plus
PlayStation Plus harga 2025
Harga lama

Terdahulu, Sony menjelaskan bahawa pelarasan harga dibuat susulan keadaan pasaran semasa. Menurut syarikat itu, perubahan harga ini tidak terpakai kepada pelanggan sedia ada (kecuali di Turkiye dan India), melainkan jika langganan semasa diubah atau dibiarkan tamat.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Sony Naikkan Harga PS5 Di Malaysia Bermula Mei - Kini Dari RM2,499
  • Sony Belum Tetapkan Tarikh Pelancaran Dan Harga PS6
  • Sony Naikkan Harga PlayStation Plus Di Beberapa Pasaran

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY