Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pixel 9 Pro Dan Pro XL Dilancarkan – Cip Tensor G4, SOS Satelit, Gemini AI

Posted on Ogos 14, 2024Ogos 14, 2024

Google secara rasmi melancarkan barisan Pixel 9 melalui acara Made by Google yang berlangsung sebentar tadi.

Untuk pertama kalinya, model Pro hadir dengan dua saiz – Pixel 9 Pro (6.3-inci) dan Pixel 9 Pro XL (6.8-inci), kedua-duanya membawakan paparan SuperActua 120Hz LTPO OLED yang menempatkan 42MP kamera swafoto.

Selain daripada saiz paparan, kelajuan pengecasan dan bateri, Pixel 9 Pro dan pixel 9 Pro XL berkongsi semua spesifikasi dan ciri yang sama.

Kedua-dua model ini dikuasakan cip pemproses Tensor G4 dengan cip keselamatan Titan M2, bersama gandingan 16GB RAM dan storan sehingga 1TB.

Menariknya, Tensor G4 direka dengan Google DeepMind dan dioptimumkan untuk menjalankan model AI – menjadikannya cip pemproses pertama Google yang menjalankan Gemini Nano dengan Multimodality.

Dari segi kemampuan fotografi, Pixel 9 Pro dan Pro XL dilengkapi tetapan tiga kamera – 50MP utama, 48MP ultra lebar dengan Macro Focus dan 48MP telefoto dengan 5× zum optikal dan 30x zum digital.

Ciri kamera termasuk rakaman video sehingga 8K/30fps serta 4K/60fps untuk kamera hadapan. Ciri kamera termasuk rakaman video sehingga 8K/30fps yang dikuasakan oleh Video Boost, manakala Super Res Zoom kini tersedia dalam mod video sehingga 20x. Lain-lain sokongan seperti Night Sight Video, Audio Magic Eraser, Macro Focus dan sebagainya.

Untuk menghidupkan peranti, Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL masing-masing dibekalkan kapasiti bateri 4,700mAh dan 5,060mAh dengan sokongan pengecasan 45W yang dijual berasingan.

Lain-lain termasuk sokongan untuk rangkaian 5G, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.3, NFC serta menjalankan Android 14. Barisan Pixel 9 juga menyokong kemas kini sistem operasi, keselamatan dan Pixel Drop selama 7 tahun.

Ciri AI

Pixel 9 Pro dan Pro XL menyertakan sejumlah ciri kecerdasan buatan (AI) di bawah Google AI. Ini termasuk Gemini Live, yang ditawarkan selama setahun melalui Gemini Advanced bagi pembelian siri Pixel 9.

Pixel Studio ialah satu lagi aplikasi pengeditan imej baharu yang eksklusif untuk siri Pixel 9. Menggunakan model teks-ke-imej Imagen3, pengguna boleh menjana dan menyunting imej menggunakan prompt atau gesaan.

Sokongan SOS Satelit untuk bantuan kecemasan

Barisan Pixel 9 menjadi telefon Android pertama yang menyertakan SOS Satelit, membolehkan pengguna menghubungi pihak kecemasan melalui satelit dan berkongsi lokasi, walaupun tanpa perkhidmatan selular.

SOS satelit akan tersedia di Amerika Syarikat terlebih dahulu dan untuk dua tahun pertama, ia akan tersedia tanpa kos tambahan.

Harga dan ketersediaan

Kedua-dua model ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Porcelain, Rose Quartz, Hazel dan Obsidian. Untuk pasaran Malaysia, Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL masing-masing ditawarkan pada harga bermula RM5,199 dan RM5,699.

Prapesan Pixel 9 Pro XL sudah pun dibuka, dengan jualan pertama bermula 22 Ogos 2024. Sementara Pixel 9 Pro akan tersedia mulai September 2024.

{suggest}

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress