Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penantian Berakhir, Prapesan Google Pixel 9 Bermula 14 Ogos

Penantian Berakhir, Prapesan Google Pixel 9 Bermula 14 Ogos

Diterbitkan Ogos 1, 2024 · Dikemas kini Ogos 2, 2024 oleh Amalina Athman

Seperti dilaporkan sebelum ini, tiga model dalam barisan Pixel 9 telah pun menerima kelulusan SIRIM, sekali gus menandakan kehadirannya secara rasmi untuk pasaran Malaysia.

Satu lagi kejutan dan khabar gembira buat penggemar Pixel di Malaysia, Maxis hari ini mengumumkan prapesan Google Pixel 9 Pro akan dibuka bermula 14 Ogos 2024.

https://twitter.com/Maxis/status/1818859284069036485

Selain Maxis, CelcomDigi dan Urban Republic turut mengumumkan pengguna sudah boleh mendaftar minat Pixel 9. Pendaftaran boleh dilakukan melalui laman rasmi CelcomDigi atau Urban Republic.

Hey Malaysians, the wait is almost over! Google Pixel 9 is coming on Malaysia’s Widest and Fastest network.

Register your interest now and stay tuned for exclusive offers with CelcomDigi this 14 August 2024: https://t.co/h8tHoJwdpB pic.twitter.com/WbRt3juFZ5

— CelcomDigi (@CelcomDigi) August 1, 2024

Dengan pengumuman ini, ia menandakan lebih banyak pengedar rasmi Google Pixel 9 untuk pasaran Malaysia.

Untuk spesifikasi penuh dan harga, nantikan acara pelancaran barisan Pixel 9 pada 14 Ogos 2024, jam 1.00 pagi MYT.

Berkaitan

  • Google Sahkan Tarikh Pelancaran Siri Pixel 9
  • Siri Google Pixel 9 Diperlihatkan Lagi, Kali Ini Model Pro XL
  • Google Mengacah Kehadiran Pixel 9 Pro Fold
  • Terima Kelulusan SIRIM, Siri Google Pixel 9 Sah Akan Masuk Malaysia

Sumber: Maxis, CelcomDigi, Urban Republic

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY