Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Pixel Store Kini Muncul Di Shopee, Lazada

Google Pixel Store Kini Muncul Di Shopee, Lazada

Diterbitkan Ogos 8, 2024 · Dikemas kini Ogos 8, 2024 oleh Amalina Athman

Kurang seminggu dari sekarang, Google akan melancarkan barisan Pixel 9 – yang juga secara rasmi akan dibawa masuk untuk pasaran Malaysia buat kali pertama.

Dalam perkembangan terbaru, nampaknya Google berkemungkinan akan menawarkan siri Pixel 9 secara terus melalui Shopee dan Lazada.

Mula dilaporkan lowyat.net, halaman “Google Pixel Store” secara diam-diam kini muncul di kedua-dua platform e-dagang itu. Menariknya lagi, kedai itu dilabelkan di bawah Shopee Mall dan LazMall Flagship Store, yang biasanya dikhususkan untuk jenama dan pengedar sah.

Google Pixel Store_shopee
Google Pixel Store_lazada

Menerusi tinjauan di kedua-dua platform itu, ia masih belum menyenaraikan sebarang produk setakat ini, dengan halaman utama memuatkan teaser Pixel 9 Pro.

Pada masa ini, belum ada sebarang pengumuman daripada Google Malaysia berhubung pembukaan kedai dalam talian di kedua-dua platform itu.

Dengan itu, tidak dapat dipastikan sama ada kedai itu akan diuruskan oleh Google sendiri atau pengedar rasmi tempatan.

Di sisi yang lainnya, Maxis telah mengesahkan prapesan Pixel 9 Pro akan dibuka bermula 14 Ogos 2024. Sementara CelcomDigi, Urban Republic dan SenQ telah membuka daftar minat untuk peranti Pixel itu.

Bagi mengetahui harga dan ketersediaan, nantikan pelancaran pada 14 Ogos 2024, jam 1.00 pagi MYT yang boleh distrim secara langsung melalui YouTube serta platform rasmi lain.

Berkaitan

  • Google Mengacah Kehadiran Pixel 9 Pro Fold
  • Video Promosi Didedahkan, Pixel 9 Dan Pixel 9 Pro Ada Ciri Kamera ‘Add Me’
  • Terima Kelulusan SIRIM, Siri Google Pixel 9 Sah Akan Masuk Malaysia
  • Penantian Berakhir, Prapesan Google Pixel 9 Bermula 14 Ogos

Sumber: lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY