Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pixel 9 malaysia_0

Pixel 9 Dan Pixel 9 Pro XL Dibuka Untuk Prapesan, Ini Senarai Harga

Diterbitkan Ogos 14, 2024 · Dikemas kini Ogos 14, 2024 oleh Amalina Athman

Seiring pelancaran pada awal pagi tadi, Pixel 9 dan Pixel 9 Pro XL kini sudah boleh diprapesan untuk pasaran Malaysia.

Pixel 9 malaysia_1
Pixel 9 Pro XL
Pixel 9 malaysia_2
Pixel 9

Secara ringkas, kedua-dua model dilengkapi cip Tensor G4 dengan pemposes keselamatan Titan M2, Gemini AI, SOS Satelit serta sokongan kemas kini Android, sekuriti dan Pixel Drop selama 7 tahun.

Untuk pasaran Malaysia, Pixel 9 ditawarkan dua varian, manakala Pixel 9 Pro XL tersedia dengan empat pilihan storan. Berikut merupakan senarai harga untuk pasaran tempatan:

Pixel 9

  • Pixel 9 12GB + 128GB – RM3,999
  • Pixel 9 12GB + 256GB – RM4,499

Pixel 9 Pro XL

  • Pixel 9 Pro XL 16GB + 128GB – RM5,699
  • Pixel 9 Pro XL 16GB + 256GB – RM6,199
  • Pixel 9 Pro XL 16GB + 512GB – RM6,799
  • Pixel 9 Pro XL 16GB + 1TB – RM7,999

Prapesan sudah boleh dibuat melalui pengedar rasmi Google Pixel, sama ada CelcomDigi, Maxis, Senheng SenQ, Urban Republic, Shopee atau Lazada. Di Shopee, Google turut menyediakan diskaun sehingga RM1,200 bagi prapesan Pixel 9 Pro XL.

  • Beli produk Google Pixel di Shopee: https://invl.io/cllk20i
  • Beli produk Google Pixel di Lazada: https://invol.co/cllk20l

Berkaitan

  • Pixel 9 Pro Dan Pro XL Dilancarkan - Cip Tensor G4, SOS Satelit, Gemini AI
  • Google Pixel 9 Rasmi, Tempahan Dibuka Bermula RM3,999
  • Pixel 9 Pro Fold Turut Diumumkan Dengan Rekaan Lebih Nipis
  • Google Store Kini Tersedia Untuk Pasaran Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY