Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Google Pixel 9 Rasmi, Tempahan Dibuka Bermula RM3,999

Posted on Ogos 14, 2024Ogos 19, 2024

Telefon pintar Android terbaru dari Google, Pixel 9 akhirnya rasmi diumumkan yang dikuasakan cip pemproses Google Tensor G4, cip utama Google untuk telefon flagship 2024nya di mana Google nyatakan  ia dibangun dengan tersuai untuk sokongan AI Gemini.

Cip itu juga dilengkapi ciri keselamatan Titan M2, yang menyokong ciri perlindungan anti-perisian hasad dan anti-pancingan, perlindungan spam dalam Google Phone dan Messages.

Pixel 9 dilengkapi paparan OLED bersaiz 6.3 inci dengan skrin Corning® Gorilla® Glass Victus® 2 dan Pixel 9 menerima 12GB RAM.

Dari aspek reka bentuk pula, Pixel 9 dikemas kini tetapi ia memberikan bayangan yang dihantui rekaan menyerupai iPhone dari hadapan dengan bahagian tepinya yang melengkung di luar dan sisi rata di bahagian di dalam.

Walau bagaimanapun, panel belakangnya barulah berbeza dengan rekaan kamera melintang berbentuk bujur dengan rekaan terapung yang menonjol di belakang telefon itu.

Google menjanjikan 7 tahun P kemas kini OS dan keselamatan. Pengecas pantas Google 45 W USB-C membolehkan peranti ini di cas sehingga 55% kapasiti dalam masa 30 minit.

Ditawarkan dalam pilihan warna Peony, Wintergreen, Porcelain dan Obsidian, Google menyatakan bahawa telefon Android terbaru mereka ini menerima ciri Kecerdasan Buatan (AI) Google yang terbaik di peranti.

Untuk kamera utamanya dengan sokongan ciri suntingan AI, ia dilengkapi sistem kamera dwi 50 MP lebar, 48 MP ultralebar dengan Fokus Makro dan keupayaan Zum Super Res sehingga 8×12.

Manakala kamera hadapan pula dilengkapi kamera swafoto Dwi PD 10.5 MP dengan ciri fokus auto.

Untuk spesifikasi lebih lanjut tentang Pixel 9 terbaru ini, layari stor rasmi Google Pixel 9.

Bagi peminat Pixel di Malaysia, anda akan boleh mendapatkannya dari 6 penjual rasmi seperti yang disenaraikan Google di laman rasmi mereka.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress